Sunday, March 22, 2009

Cuti Sekolah


Tunggu Feri di jeti Kola Kedah... RM22 (adult) RM17 (budak) sekarang ni,
1 jam setengah ke Langkawi
Kalau tak tahan mabuk, better ikut Kola Peghelih..
Parking RM10 24jam.. pandai-pandai la pusing, boleh dapat RM10 untuk 2 hari pun..


Sampai jeti Langkawi, ambik gambaq seround.. lepak Restoren Hameed tunggu kete yang mahu disewa yang tak kunjung tiba.. adess..
Len kali, takyah dok booking la.. mengarut..!
Better sampai je Langkawi, baru cari kete..
Kat Padang Matsirat, lebih murah.. kete pun cun..


Budak-budak pun bising, aku tangkap cab pi Gunung Mat Chincang..


Jinaknya rusa dalam kampung ni..
Pastu cari bilik di Pantai Cenang..
Aku rest, depa turun madi laut..
Aku dah boring la mandi laut.. hehe


Esoknya diaorg mandi laut lagi awal pagi..
Aku membuta, bangun, pi cari scooter..
Pusing-pusing Langkawi.. ni kat jalan ke Padang Matsirat


"Kalau nak makan, lunch ke dinner ke, pi jauh dari Pantai Cenang & Kuah.. Lebih Murah" pesan kawan aku 10 tahun lepas...
jadi setiap kali aku pi Langkawi, aku makan kat Pekan Pdg Matsirat
Nasik 3 pinggan, Ikan bakaq 3 ekoq, sup, gulai daging, sayoq togeh, ayaq 4 gelas = RM12..
Tak tau la depa untung lagu mana..
Tapi sesak sikit kedai ni.. ramai orang..


Bila nampak ayam, adamon bertukar menjadi nottymon..
Dikejar ayam tu keliling kedai..
Bapak dia jengil pun tak nampak dah..


Kan dah susah.. tetiba ayamon bertukar menjadi garang..
Dia ade anak kecik..
Adamon kalah dan luka-luka kepala lutut..
Nasib baik ubat gamat 12 botol baru RM9..


Lepak jap kat Dataran Lang, tempat wajib bergambar..


Petang, ambik tiket balik Loqstaq..
Kena alun, 50% penumpang mabuk laut..
Bau semacam.. adess..

Thursday, March 19, 2009

Yuna

Pagi tadi dengar kat Hot FM..
Ermm syok pulak..
Apa lagi.. google la.. jumpa ni:

Layannn..

Wednesday, March 18, 2009

Reverse Psychology

Mau tau macamana?
Baca sini

Sunday, March 15, 2009

Earth Hour 2009



Walau aku tak sure aku padam lampu ke tak nanti,
tapi aku pasti, aku support earth hour..!

Thursday, March 12, 2009

Setifulus

La.. bukan aku je tak percaya..
Ramai noo..
Malaysia Insider
Berita Harian

Tuesday, March 10, 2009

Pakej Se-tipu-pulus

Mula-mula 5 Billion
Pastu 10 Billion. opppss 15 Billion.. Opss.. dah jadi 60 Billion lah..

KUALA LUMPUR: Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tabled an RM60bil “mini budget” (see below) as part of the second economic stimulus package to help Malaysia weather the global economic crisis.

Najib, also the Finance Minister, pulled no punches as he unveiled the Supplementary Supply Bill 2009 in Parliament, noting that more than half of the major world economies -- in particular the United States, Europe and Japan -- are in recession and experiencing the worst economic contraction since the Great Depression of the 1930s.

The RM60bil package, to be implemented over 2009 and 2010, includes RM15bil as fiscal injection, RM25bil in Guarantee Funds, RM10bil for equity investments, RM7bil for private finance initiatives and off-budget projects, as well as RM3bil in tax incentives

Lapor
The Star

Tapi berita lebih hot..!
Anwar jumpa Pak Lah di Hulu Langat sebentar tadi..

Didik Anok..



Kui Kui Kui

TQ Kamal Opismate..

Pengalaman Teman Aku Yg Terlibat Dlm PPSMI

Blog dia set to private,
Bagi link pun kalian tak le access..
Aku cilok dan tepek aja..


setelah baca beberapa entry pasal PPSMI..
nie aku nak citer sket pasal experience aku ngan PPSMI

aku terlibat ngan program PPSMI Phase 5 rasanya tahun 2007
Waktu tue aku kena amik test dulu sbgai trainer..
so.. pegi la bekursus.. bulan 3 2007
tmpat dia.. pergh.. Hotel Palace of the Golden Horses.. 4D3N..
ahaks... syok.. makan pon best

masa berkursus tue.. dia nyer trainer mmg best.. hebat...
so kat sana blajar la camner nak train cikgu2 sek..
apa modul yg diajar, dsb.

lepas kursus.. rest seminggu..
aku kena train cikgu kat sek men sg *****, bayan lepas..
so, cikgu2 sekitar kawasan tue yg terlibat dgn math n sains mmg wajib dtg kursus nie..
satu kursus = 2 hari..
kalu kursus ngan gomen nie.. dikenali sbgai kursus makan2.. hahaha..

payment utk trainer.. subcon aku bayar 400 per day.. tapi ada gak subcon negeri lain byar 500 perday..
bulehla seminggu training 4 hari kali ngan 2 bulan setengah.. syokk.. duit masyuk..

masa first bagi training aku cam nervous sket.. yelah.. cikgu2 byak yg lebih tua dari aku..
cuba cool.. aku lebih prefer pakai mic sbb sore aku tak kuat nak jerit2.. sekali train 20 org cikgu..

biasanya kalu first training.. pagi2 aku wat ice breaking.. kelakor.. hahaha.. men tiup2 belon.. sape paling besar la.. pastu pi amik signature.. mula2 tue ada gak yg segan2.. maklumla tak kenai sesama sendiri..

batch yg buat aku paling suka .. ialah batch cikgu2 hat lagi setahun nak pencen..
cian cikgu2 nie.. tapi diorang mmg betui2 la belajar.. mcm2 soalan tnya smpai terkejar2 aku nak mnghabiskan modul... tapi masa training nie mmg aku tak benarkan guna mouse.. nak bagi cikgu2 biasa ngan track pad

batch yg kureng.. cikgu2 muda hak dok perasan bagus... aku ajar based on modul.. kalu tau pon.. bagi la kerjasama kat cikgu2 len hak nak blajar nie.. nie aku dok ngajar..cikgu2 hat berlagak pandai dok bertenet sakan kat blakang... aku lalu jerk.. tgok sape2 yg dok online.. aku pi kat router.. aku off... hahah.. padan muka... pastu bila kena virus "Brontox" baru nak terhegeh2 cari aku...

ada gak cikgu hat gatai2.. esp lelaki la.headmaster sek mana ntah. masa aku ajar pasal internet.. n create email account.. ada lak dok email bukan2 kat aku.. sabo jelah..

cikgu hat muda2 lak.. bila dia dok buat tak jadi2 jer.. dia ckp.. takpela.. nanti balik dia soh husband dia buatkan.. hahaha.. nie lagi satu kes.

modul kursus nie.. lebih kepada pengenalan laptop, cara jaga, antivirus , installation, ms office, cara nak gna lcd projector, cara nak guna courseware, n cara2 nak buat slide utk mgajar student nanti..

tapi aku salute la kat cikgu2 berbgsa cina.. smpai habis training pon dok tnya pasal komputer.. kdg2 smpai kol aku bila laptop problem or nak uprade ..


tapi aku tgok coursework yg gomen bagi utk mgajar nie pon tak bape elokla.. byak error.. n cikgu pon pening kalu nak guna n edit.. entah kompeni mana la yg dok wat coursework bodo nie..
bleh kata lebih separuh cikgu yg dtg nie ckp dia tak guna coursework yg diberi utk mgjar... kang rugi jerk..

end of training aku kena buat post test kat cikgu2 n submit online..
pastu cikgu2 kena la bagi komen
haku mencik ngan cikgu2 laki nie..
bleh dia komen aku kurang mesra.. siot je.. podahh.. bkn keje aku mlyan cikgu gatai
cikgu2 lain komen ok2 jer..

kat umah lak
aku cian kat budak2
kalu balik BM aku dok check homework diorang.. cian aku tgok
dia nyer pelajaran ..
aku tnya la adik aku yg umo 8 tahun tue
kat sekolah blajaq math n science , cikgu guna komputer tak?
dia jawab guna buku ja.. komputer kadang2..
isk..

seb baik zaman aku blajar BM je..
tue pon tiap kali exam BM mesti fail jer.. sebab cikgu tu mmg tak suka aku..
agaknya sebab aku tak pandai bodek kot..


OOoo..

Monday, March 09, 2009

Memahami PPSMI

Sila jawab soalan ini dengan jujur.

1. Anda mengidap sakit jantung. Siapakah yang anda patut jumpa?
A. Pakar jantung B. Pakar Otak

2. Anda menghadapi masalah BI. Siapakah yang anda patut jumpa?
A. Guru BI B. Guru Sains dan Matematik

Kalau jawaban anda bagi kedua-dua soalan ini A, anda memang hebat. Tapi kalau jawaban anda kedua-duanya B, anda memang BODOH. Bagi soalan no. 2, jawapan penyokong PPSMI ialah B.

Kita tidak menolak BI, tapi kita menolak dasar PPSMI. Teknik belajar BI dan S&M adalah berbeza. Dah berbuih pakar akademik terangkan. Tapi golongan pro PPSMI masih tak faham-faham juga. Kasihannya…

Cilok dari Cikgu Huda

Kalah..

Chong Wei kalah..
Nicol kalah..
Adess..

Hukalohh.. aku bukan suka sport pong.. keke

Worse Than 81-82 Recession

WASHINGTON, March 9 – Factory jobs disappeared. Inflation soared. Unemployment climbed to alarming levels. The hungry lined up at soup kitchens. It wasn’t the Great Depression. It was the 1981-82 recession, widely considered America’s worst since the depression.

That painful time during Ronald Reagan’s presidency is a grim marker of how bad things can get. Yet the current recession could slice deeper into the US economy.

If it lasts into April – as it almost surely will – this one will go on record as the longest in the postwar era. The 1981-82 and 1973-75 recessions each lasted 16 months.

Unemployment hasn’t reached 1982 levels and the gross domestic product hasn’t fallen quite as far. But the hurt from this recession is spread more widely and uncertainty about the country’s economic health is worse today than it was in 1982.
Baca sampai abis

Liberia

Mari kita tonton guru Liberia mengajar anak murid didalam bahasa ibunda mereka sendiri iaitu Bahasa Inggeris!



Pendapatan per capita Malaysia USD 7500.00
Liberia USD 600.00
Liberia bukan nya negara membangun tetapi negara miskin dan kedudukannya antara 10 negara termiskin di dunia ia itu seiring dengan Zimbabwe, Dem Rep Congo, Eritrea dan Chad.

Tonton yg ini pulak keadaan menyedihkan bagi negara yg berbahasa Inggeris sejak hampir 200 tahun lalu!

-Cilok sana-sini-

Mungkin Hisam patut tengok video ni..

PPSMI

Kata Hisam anak On, "didalangi pembangkang"
Kata aku, "camni je hang boleh fikir..? apa punya mentaliti menteri daa..."
Opss lupa, mungkin dia cerdik pasai dia mengaji guna english kat obersee..

Aku tak kenai sapa Hisam, sesapa leh suh dia baca ini:

UNESCO kata,
"... it is important that every effort should be made to provide education in the mother tongue..."

On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

(UNESCO 1951:691)

-Start cilok sana-sini-

"Nasib baik anda belajar dalam BM dulu, masuk juga UNI. Anda masih tak paham-paham. Bila sudah masuk Uni maksudnya asas Sains/Maths anda sudah ada. Anda cuma perlu rajin bukannya MALAS untuk memahami/pelajari istillah teknikal dalam BI.

Setakat faham istillah tak semestinya anda boleh menyelesaikan masalah Sains/Maths. Nasib baik asas Sains/Maths yang anda pelajari di sekolah dalam Bahasa Melayu membuatkan anda faham asas KONSEP Sains/Maths.

Sekarang letak perkara ini pada anak-anak seawal 7 tahun.Bagaimana mereka nak faham KONSEP jika penyampaiannya dalam bahasa asing? Terangkan bagaiamana menjelaskan konsep pecahan dalam bahasa Jawa kepada anak Melayu? Samalah dengan menerangkan KONSEP pecahan dalam BI kepada anak Melayu. MEREKA TIDAk FAHAM.

BERBEZA DENGAN ANDA YANG PERGI UNI, ADA ASAS BI SELAMA 11 TAHUN.

Suka diingatkan cara belajar bahasa dengan cara belajar sains dan matematik adalah berbeza. Belajar bahasa ialah belajar kemahiran berbahasa. Belajar pertuturan, belajar grammar, belajar kosa kata, belajar struktur ayat dan belajar membuat karangan dan lain-lain kemahiran berbahasa.

Belajar Sains ialah belajar fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum yang memerlukan penguasaan bahasa.Mana boleh belajar sesuatu bahasa (BI) menggunakan pendekatan belajar Sains. Ini kerja gila.

Oleh itu kerja PPSMI ini sebenarnya kerja gila. Penyokong PPSMI adalah penyokong kerja gila atau orang gila.

Betul ilmu dlm bahasa apa pun tak apa tapi apakah cara/ bahasa terbaik bagi anak-anak seawal 7 tahun menuntut ilmu. ITU PERSOALANNYA?"

-END of cilok sana-sini-

refer sini
"Kajian TIMSS 2007 mendedahkan kemerosotan prestasi pelajar Malaysia dalam dua subjek teras lebih ketara" Berita Harian

"Kesan Dasar Pengajaran Matemtik dan Sains dalam bahasa Inggeris" oleh UPSI disiar NST

SMS

Dapat SMS pagi tadi..
Bunyinya "Walaupun bakal kehilangan sokongan BAPAK MERTUANYA, KJ tetap meneruskan misinya demi "MENGKAMBRIDGEKAN BANGSA MELAYU"..

aku reply.. "hehe"

dia hantaq lagi
"Tahukah anda, PROTONlah satu-satunya syarikat Automotif didunia yang berjaya menjual kereta keluarannya hanya menggunakan gambar dan "MODEL Bangkai kereta " tanpa perlu sebijik kereta yang telah siap dengan penyerinya model-model seksi.

aku relpy lagi "hehe"

dia tengah cari lawak lagi gamaknya..

Khalwat KSU


ni awek yg dituduh..

ini laki yang kena tuduh..

aku haram tak kenai, tapi keluaq dlm berita harian harini..

ada 2 kemungkinan aja:
Samada mata aku yang sakit, atau mata awek tu yang sakit...?

Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada semua..

Zul Nordin ade cerita panjang

PERKARA YANG AKU TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

PERKARA YANG ANDA PUN MUNGKIN TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

-Cilok sana-sini-

Sunday, March 08, 2009

Bahasa Mengamuk

"Pasai pa depa dok marah ngaji dlm english tu..?" kata kawan aku A
"hang tau dak.." aku bukak mulut.. kena potong oleh kawan B
"Bini aku mark ketas periksa, budak kampung ade yang betui 6/100 ja.." katanya.
"ooo.." kata rakan-rakan semeja...
Nak faham geng-geng ni baca boss depa blog

Meh tengok bila bahasa mengamuk

Majid di tear gas FRU
Palestine ke Palace Malaysia (Hishamudin Rais)
Gambaq Perisik
Pyan Habib
Keranda 152
Tengok gambaq
Tranung-kite
Ku Li (Tengku Razaleigh)

Yang sokong;
A Voice - (marah Anwar)
Tok Selampit
Minaq-Jinggo

Saturday, March 07, 2009

Cerita Perak

Mau tau cerita sebelah satu lagi
Cerita yang tak dicerita oleh TV3 dan mainstream media..

Pi jenguk sini:
Penarik Beca
Perisik Rakyat
Anak Sengat
Sanggah Tok Sago
Al-Husseynn
Cina Islam

Saja la.. seronok jugak baca..

Politik wang: Setiausaha Politik Menteri disiasat SPRM

Baca Mstar
Baca BH
Agak-agaknya Menteri mana ek?
Mau tau ka?

Sat na nak hello-hello geng..

oooo... budak-budak Cik Azalina ler..
Hok maghi dari kelate..

Friday, March 06, 2009

2 Bukit 1 Batang

Elok betui...
Rasanya 2 bukit masih control by PR,
BN confirm dapat Batang..

Bukan lucah da..
Ini cerita "erection" kat Bukit Gantang & Bukit Selambau + Batang Ai

Penis Size Preference Chart

Ambik measurement tape Bang..
Cuba ukoq pulak..



Ohh.. Aku punya..
Shh.. manaleh habaq kat hangpa.. kui kui

Thursday, March 05, 2009

Sengkek..

Road-tax expired, RM1,500
Gear Box Problem, RM????
Adess..

Minggu depan dah promise budak-budak mau panjat Gunung Mat Chincang sama terjun Underwater World..

Uh, Fireflyz dah fly ke Loqstaq.. cuma RM4 hengget!!!

Tak Balik

Uh.. Tableh balik mingggu ni,
Dok aloq setaq sorang-sorang..
Adess..!

Sunday, March 01, 2009

Al-Fatihah

En Farid,
Tokey Oblong Burger
Kawan baik 9walau baru kenai)
Meninggai smlm jam 7 pagi di Kulai..

Speechless.. teringat kat anak-anak dia yang masih belajaq..

Thursday, February 26, 2009

Layout Baru

Dulu aku heran dan kagum
"terer betui bloggers lain memblogkan diri"
Layout depa lawa
Layout aku koman & outdated..

Rerupanya mmg aku outdated..
Memblog sejak 2004, aku tak update layout..
Smlm satu teman sudah tolong upgrade..
Wallaa..!! sekarang blog aku better..
Ade jam, itu-ini..
Semangat memblog mai semula..

Wednesday, February 25, 2009

Hipokrit

Bila mula beniaga, ohh.. mau tolong melayu katanya..
Padahal, dia tau, melayu mudah kena tipu..

Tengok saja skim cepat kaya..

Tak suka sungguh aku pada golongan yang mcm ni..
Porrraahhh..!

Tuesday, February 24, 2009

Durex Commercial


Kui Kui Kui..

Thursday, February 19, 2009

Hilmi Malik


nak kata loser ke hapa mamat nie..
apa pun aku percaya dia lebih kaya dari bulan lepas..
gamaknya berapa dia dapat..?

tunggu cerita yang skripnya reka-reka itu..
BF mat saleh? uhhh...

Wednesday, February 18, 2009

Gambar Elizabeth Wong Bogel

Hahaha..
Aku tau ramai dok Google ni..
Kesiankan korang, aku kasi ini link
Tengok lah..
OK ker....? kui kui kui

Tuesday, February 17, 2009

Baguih La...


Eli letak jawatan..
Baca disini..
aku cuma boleh kata "baguih la.."

semoga lepas ni, mana-mana ADUN atau MP yang berskendel boleh ikut jejak..
Mau jadi pemimpin kena bersih serba-serbi.. etika babe..!
Aku mmg sah tableh masuk politik.. hehe

Monday, February 16, 2009

PPK

Korang caya tak..
Ade staff kat Koridor Utara ni, PPK pun depa tak tau apa-ke-benda..
Macamana la erk...?

Wednesday, February 11, 2009

Makanan Ikan Kak Yati

Jadi fenomena betui...
Lepas keluar TV3,
Publish online, check kat sini

Ramai la yang "fuiyooo... bela keli la.. boleh kaya.."

AKu cuma boleh cakap..
All da Best.. & Good Luck

Nasihat aku simple aja..
Pi baca buku....!

Monday, February 09, 2009

Oblong Burger

Aku dok assist satu enterpreneur ni..
Dia dok buat Oblong Burger..
Mcm Prosperity Burger Mekdonel tu..
Tapi versi yang murah.. tapi maintain rasa dia..
Even better.. lebih sedap..


Ni salah satu Burger Boy Oblong..
SEhari jual 150 ketui..
Seketui untung RM1.50 oo..


ni dressing oblong..
ikut kretiviti burger boy sendiri..
sedap macam prosperity jugak


Ni stockist kat Shah Alam..
Kalo kalain dari san boleh la try..
Dijamin tak menghampakan

GIFT Tilapia

Bukan nak cerita pasai tilapia GIFT pun..
Kalau nak tau pi lah rujuk wikipedia.. hehe

Ni cerita pi Tasik Banding, visit Trapia punya farm..
Depa bela GIFT Tilapia ler..


Fuhh..! Selak ikan baru nampak ayaiq..


Ni sangkaq dia.. ada 20 bijik, baru 2 bijik ada ikan
Tu pun pasaiTok Pa nak visit.. hehe..

Sunday, February 08, 2009

Menyembah mohon derhaka - Khalid Jaafar

Cilok dari Malaysian Insider

"FEB 8 - Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.

Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu “menyembah mohon derhaka,” satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.

Tetapi kita tidak hidup di zaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Nizar tidak derhaka. Tetapi Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan

rakyat bercakap dengan Sultan.

Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja? Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan.

Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.

Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemoh Tun Perak sebagai derhaka.

Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan.

Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu. Dia tidak boleh “menyembah mohon derhaka”. END.

Aku tengok sepanduk yg penyokong PR bawa..
Ada tulis "Kembalikan Kuasa Rakyat..!"
Agaknya la, Sultan suka ke dengaq ayat tu..?

Wednesday, January 28, 2009

Jalan-Jalan

Masa cuti sekolah ujung 2008, aku janji nak bawak anak-anak aku pi zoo
Sibuk punya pasal, tambah pulak ekonomi gawat, aku postponed la
Sempena cuti sekolah, dan ade le duit sekupang dua ni,
aku bawak la diaorg pi zoo, zoo Taiping..


Ayam ni suka betul kat Adam..
Siap ikut pusing keliling kandang..


Macam biasalah.. semua budak suka zirafah.. hehe


Zebra pun depa suka..


Masa aku sampai, singa ni blom keluaq,
2nd round baru dia keluaq, depa bagi makan..
Punya la syok Adam & Enyol tengok Singa main-main


Posing dulu seround!

Tuesday, January 20, 2009

Gomen Must Be Crazy..!

Gomen bagi Gaji yang melampau pada Top-Management Koridor
tapi Boss-boss Koridor cakap cukup la buat 2 3 projek..

Gomen luluskan RM566 juta untuk pertanian,
boss mau buat 1 projek ikan, 1 livestock dan 2 3 projek padi..

Boss, lu kene potong gaji lu..!
Gomen bayar gaji suruh belanja semua peruntukan tu..
kene kerja kuat la... gaji sudah mahal..!

Kalo tak boleh perform, sila berhenti.. jangan buag duit rakyat..

Monday, January 19, 2009

AJL 23

Fakta


Aku paling suka tengok Aizat...
Padahal, kalo tak dlm AJL pun aku suka.. hehe..
Bias betul.!

Meet Uncle Hussein
Bising jer.. tak best mana pun

Stacy
Mcm tu jugak gayanya..
Takleh pikir style lain ke..
Letih laa..

Faizal Tahir
Biasalah.. macam bagus...
Tapi dia mmg bagus pun..

Tahniah pada pengacara..
Aku suka betui tengok awek tu..
FBI pun kelakar..
Ally pun slamba..

Paling kelakar tengok Rosmah Mansor..
Boleh jadi maskot Bluehyppo dah..
Aku tengok pun penat bila turun tangga tu..
Patut la marah betul kat Altantuya yg slim..

Sunday, January 18, 2009

KT Buy-Election II



Result dah keluar, semua org da tau..
UMNO kalah buat kali kedua selepas Permatang Pauh..

Berita Pro BN, terus play safe..
Tapi aku suka bila terbaca katanya
"Macam satu pesta, walaupun bersorak-sorak, tapi they have fun (mereka seronok),"
Kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Dari pemerhatian aku, antara perbezaan PAS & UMNO iailah bila nak bertanding
PAS bersiap macam nak berperang... bersungguh-sungguh
UMNO macam nak berpesta.. nak suka-suka..

Pasal tu puak PAS tak dapat duit pun keje 24 jam..
UMNO dapat duit pun tinggal jugak post depa..

Saturday, January 17, 2009

KT Buy-Election

Penentu masa depan BN..

Masa GE 2008, orang lain tinggalkan BN, Teganurean masih setia..
Skrg Teganurean sudah tahu mereka tertinggal kebelakang..
Melayu-melayu lihat melayu negeri lain sudah pilih PR..
Cina-cina dah tengok cina negeri lain pangkah PR..
India-india nampak india negeri lain undi PR..

This time, semua tu akan undi PR..
Aku jangka BN, selepas kerja yang kuat tetap akan akan kalah dgn majoriti 5,000 undi!

Friday, January 16, 2009

Rumah Sewa Baru

Baru mau pindah, kunci sudah angkat..
Baguih betui Mak Effa, fully furnish dia suh aku bayaq RM300/sebulan
Sibbaek bukan pakej berserta anak pompuan dia sekali (Jgn marah no Cik Effa kalo hang de curi baca blog aku).. hehe

Bilik Tidoq guest..
Kalo sesapa sesat mai kot aloq setaq, tak dak tempat tidoq, buleh la hello aku..
Teh tarik secawan ja sewanya..


ni bilik aku, pasai ada lemari besaq utk isi baju aku yg amat sikit tu..


Meja makan yang sukup besaq utk makan sorang2.. huhu..


Uh..! Ade bathtub.. ekselenn...!

Tuesday, January 13, 2009

Koridor Lagi

Koridor Ambik GM agriculture..
Baguih la..

Harap projek dapat dipercepatkan cepat demi masa depan orang utara dan gaji yang mahal kenelah buat keje yang excellent..!
Kalau sekadar buat keje mcm org gomen yang lembab, baik balik tanam ubi kayu..

sekian.. hehe

Visitor Counter

Hampeh..! asik dok reset..!

Monday, January 12, 2009

Palestin

Kita selalu bercakap, tapi tak buat ape pun..
Kita masih gi mekdonel...
masih makan maggi..

cuba kita buang benda tu,
kasi mekdonel tutup kedai..
pastu baru depa tau kuasa kita...

Tuesday, December 30, 2008

Hepi New Yeay!

Happy New Year Everibodi...

1430 H & 2009 M...

Semoga murah rezeki dan umur panjang..!

Tuesday, December 23, 2008

Banana, Adam Babana?



Enyol teach Adam how to pronounce banana..
Funny.. sampai la ni dia takleh sebut Banana..

Sunday, December 21, 2008

Tag si Rina

1) do you think you're hot?-
Hish..! akal aku yang waras berpendapat, soalan ni boleh menyebabkan aku menjadi khunsa jika dijawab dengan penuh perasaan.. hehe

2) upload ur favourite picture of u..



3)Why do you like that picture?
It simply takes me home wheneva i think of my kids..

4)When was the last time you ate pizza?
I can't remember.. perhaps last month at JJ Cheras Selatan..

5)The last song you listened to?
I'm Yours - Jason Mranz..

6)What are you doing right now besides this?
Listening to the song for question no 5..

7)What name would you prefer besides yours?
Kecik hati bapak aku soalan ni.. bagi menjaga hati dia, aku tak jawab ler..

People i tag :
takde idea... lagipun org laki jarang layan Tag.. hehe.. tak macho kata diaorg..

8)Who is number 1?
N/A kalo bini #1 tu Sanirah

9) Number 3
N/A jugak.. tapi kalo bini # 3 belum fikir, pasal tengah dok fikir nak cari # 2 dulu

10)Say something about number 5,
#5..? lagi le takde..

11)How about number 4?
# 4? errmm i dun't like # 4 since feng shui tak elok katanya jika di associate ngan aku..

12)Who is number 2?
# 2? jeng.. jeng.. jeng.. tengah dok carik ler ni.. leh sesapa rekemenkan ker..

Kuala Terengganu

Berat juga UMNO nak pi lawan..
Dah pikul beban cerita penswastaan IJN..
Boleh lingkup depa kat sana.. hehe

Sunday, December 14, 2008

Feedlot

Setelah 6 bulan orang dok habaq pi, baru boss decide feedlot takyah buat..
Hehe.. kalo mengandung, dah nak beranak dah tu..

Wednesday, November 19, 2008

Tol'ol'

Wah..!!
Dapat diskaun 10%..


Hampeh..!
Dari jam 12 malam - 7 pagi jer..

Akan ade orang miskin yang budget, cuba balik lewat malam..
Sedangkan dia tableh pandu malam..
Dia accident.. langgar orang lain.. orang yang bawak motor..

Mungkin policy maker tableh visualize tragedi nih lagi..
Bila kene baru nak menyesal..

Tuesday, November 18, 2008

Memahami Norman Hakim

Rata-rata org cakap Norman Hakim salah..
Bagi aku, aku faham apa yang Norman Hakim rasa..
Kalau bini cengil (garang) macam singa..
Memang nak balik rumah pun rasa malas..
Lebih rela tidoq tepi jalan atau dalam kereta..

Kalo Norman Hakim tu teruk..
Mau parah bini dia kene terajang bila pi sergah ngan reporter..

Cuma aku leh cakap:
Kalo kalian Pompuan; jaga tutur kata dan redha dengan laki kalian selagi dia memunai tanggungjawab dia sbg suami.

Kalo kalian laki; jangan cari bini macam abby abadi...!

Monday, November 17, 2008

Aquafair 2008



Sapo mau tengok ikan leh la pi sana..

Fakta Lama

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Bebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya

(cilok dari ntah dari mana)

Lawak Lama-Lama

Ada seorang wanita yang telah dua kali berkahwin namun selalu gagal dengan perkahwinannya. Perceraian dengan suami pertamanya kerana suaminya kasar, sering memukulinya. Perceraian yang kedua kerana suaminya lari dengan wanita lain. Namun setelah kejadian itu, sampai sekian lama dia belum menemukan kekasih baru yang mampu memuaskannya secara zahir maupun batin. Hingga suatu hari dia memasang iklan:

"Dicari: Laki-laki yang tidak suka memukul, setia dan sangat hebat di atas ranjang."

Seminggu kemudian datanglah seorang lelaki dengan mengetuk pintu rumahnya.
Betapa terkejutnya wanita itu setelah dia membuka pintu, seorang laki-laki tanpa kedua tangan maupun kakinya.

"Saya datang sehubungan dengan iklan yang puan pasang seminggu yang lalu," ujar laki-laki tadi dengan penuh yakin.
"Mungkin saudara salah," sergah si wanita.
"Saya cuba jelaskan," pintas si laki-laki tadi.
"Saya tidak a! kan memukuli puan kerana saya tidak punya tangan, saya tidak akan lari meninggalkan puan kerana saya tidak punya kaki."
"Tapi..." potong si wanita, "bagaimana saya boleh tau awak hebat di atas ranjang?"
"Agak-agak puan, tadi saya mengetuk pintu dengan menggunakan apa?"

Monday, November 03, 2008

Saman

18-Nov-2006 (2006!!) 1.30 pagi (1.30 pagi..!),
Aku kene saman beat traffic lite..
Polis yang mangkuk tak mau pi check lampu tu bila aku inform lampu to rosak..
Katanya da pandai ler buat keje dia..
Katanya lagi kalo tak pueh hati boleh jumpa kat mahkamah..

Setelah 8 kali pergi mahkamah, akhirnyaa selesai juga kes aku..
Kes dismiss..!

Alhamdulillah..

Pengajaran:
Kalo Polis mau saman, sila hulur rasuah, lebih mudah.
Kalo masuk court, jika rasa tak bersalah terus mintak utk gugurkan kes. jgn buang masa.
Kalo masuk court, kos uruskan lebih mahal dari bayar rasuah ataupun bayar kompaun.
Kos aku ulang alik 8 kali Kajang-Putrajaya = RM400
Kalo rasuah mungkin RM50 je,
Kalo kompaun paling banyak pun RM300 je..

Sunday, October 26, 2008

Koridor Utara

Kat sini, gaji ikut private..
Boss Besar (CO) angkat RM35k/bulan
Boss Kecik Sikit(SVP) angkat RM20-25k/bulan
Boss Sedang-Sedang (VP) angkat RM15-17k/bulan
Boss Paling Dhaif (M)ambik RM6-8k/bulan
Khadam-khadam dapat tempias RM2-5k/bulan

Fuiyoo..!!
Gaji ikut privatelah...!

Tapi prosedur ikut gomen 100%

Kalo kalian rajin bagitaulah orang besar negara agar kalo diaorg mau buat kerja ikut gomen, gaji pun ikut gomenlah..
Kalau mau gaji besar dan drive BMW, kerje pun kenelah outstanding..

Koridor nih diilham Pak Lah untuk tolong orang susah...
Andai kita teliti objektifnya.. nak naikkan pendapatan petani..
So far, setelah hampir setahun beroperasi, aku cuma nampak mereka berjaya menaikkan taraf pendapatan mereka sahaja..

Porahhhlahh Boss...!!
Gua kencing kubur lu bila lu mampos kelak...!
Lu jgn cakaplah Malaysia tertinggal dengan Thailand lagi.. Lu lah penyumbangnya..!

Sunday, October 19, 2008

Layan II



I'm Yours lyrics

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon its again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
we´re just one big family
It's your God-forsaken right to be loved love loved love love

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and I laughed
I guess what I'm saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la one big family ([2nd time:] ah, la happy family)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more
Oh no more no more no more
It's your God-forsaken right to be loved, I'm sure
Theres no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours, I'm yours

Thursday, October 16, 2008

Meeting With UPEN

Masuk gomen, kene belajar berhemah..
Jika dlm private kena establish PR, dlm gomen kena bodek..
Mulakan cakap dengan hormat pada pengerusi (biarpun pengerusi tak hurmat org len)..
Iyakan aja cakap-cakap Tuan Pengerusi biarpun dia bodoh-bodohkan kita...
Sebagai org lama, Tuan Pengerusi akan cuba manupulasi kepentingan dia...
Kita iyakan ajalah..
Majlis bersurai bila tuan Pengerusi nak kena pi tengok bini beranak..

Hampeh..!

Tuesday, October 14, 2008

MC

Aku mana de reti MC-MC nih...
Selama aku hidup, ni ler 1st time aku MC.. hehe

Lain kali aku takmau da tidoq lewat..!

Wednesday, October 08, 2008

Kerajaan Tak Boleh..!

Dulu zaman Tun, Malaysia sibuk dengan slogan Malaysia Boleh!
Dari berenang Selat Inggeris, kita panjat gunung Everest..!

Tapi bila bertani, kita kata tak Boleh pulak..
Ini tak boleh! itu Tak Boleh!
Alasannya Prosedur?
Sapa yang buat prosedur tu?

Aku fikir jika Israel ikut prosedur, tentu dia tak dapat bumi Palastin..
Israel tak ikut prosedur, dia dah ade teknologi nuklear..

tapi kita masih mau ikat tangan dengan prosedur hatta dalam bertani dan membantu orang miskin bertani..

Hampehlah pemikiran kakitangan kerajaan yang macamni...!
Aku maki dan sumpah laknat la atas kejahilan hampa..

Tak Boleh tu cuma pasal memang kakitangan dungu yang cuba cari alasan supaya tak membolehkan aja..
Kalau dia usaha, tentu boleh..

Angin betul aku..

Monday, October 06, 2008

Raya

Aku fikir baik jugak cuba bawak Adam sembahyang Raya
Lepas siap berbaju.. terus grak ke masjid


abis je sembahyang, Adam terus sembahzzz...

Bertuah punya anak.. hehe

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya


Maaf Zahir & Batin

Kepada yang drive balik,
Selamat Menempuh Jem..!

Pada yang naik bas,
Selamat bayar 30% lebih harga tiket..

Pada yang raya kat KL..
Selamat tengok TV..

Duit Raya Sekupang

Raya dah dekat..
Pak Lah pun kasi duit raya..
Dapat la sekupang..
Hehe..!

Jadi sapa mau duit raya sila le stesen minyak berhampiran yea..

Sunday, September 21, 2008

Lembah Bujang

Minggu ni aku skip a.k.a ponteng balik ke Kajang
Aku kene gi Perlis, tengok site mau tanam jagung
Aku jumpa Dr Ibrahim dari JPV Putrajaya
Marah pulak dia bila aku kata NFC punya project fail
Bikin abis wang negara aja..
Patut la industri lembu negara tertinggal..
Mentaliti boss suka sapu masuk bawah karpet..

Petang Jumaatnya aku dijemput bukak posa sama KP JPV di Juru,
otw ke Juru aku singgah ke Gurun solat jumaat..
Pasai masih banyak masa, aku melencong ke Lembah Bujang
Last time aku melawat sini masa aku sekolah rendah.. hehe

Tapak Candi..
Masa aku darjah 6 macam ni lah jugak..
Tak berubah pun..


Nih perahu sagor..
dulu org naik perahu ni le susur sungai..
ade banyak bijik diaorg jumpa..
rajin betui diaorg mengorek, takde keje lain gamaknya.. hehe
atau mungkin depa boring tunggu berbuka, buat-buat le korek tanah..


Aku cuba jugak baca ape dia tulis..
Jenuh aku cuba..
Hempeh..! sepatah haram aku tak tau..


Kalo kalian mau berkunjung lepas ni,
Kalian bawalah baju mandi..
Ade air terjun ooo...
Nampak enak pulak ayaq tu jika diteguk lepas penat panjat tangga.. hehe

Thursday, September 18, 2008

Kaktus Gurun

Aku singgah di R&R Gurun...
Ade le pokok kaktus 2 3 batang..
Sekali pandang mcm takde pe pun, biase je..


tapi 2 kali pandang..
"ooo.. ramainya manusia yang gila glemer.." kata co-pilot aku..
Tengok ni...

Monday, September 15, 2008

Weekend Husband

Aku weekend husband..
Tapi, jika compare aku bini ngan anak..
Aku lebih rindu sama anak..
Maybe bini aku kene kurangkan paras garang dia.. hehe
Bila aku terfikirkan diaorg..
Aku kene develop method untuk pastikan aku boleh lelap lena..
So, aku simpan le sekeping dua piccas diaorg dalam cellphone aku..
Aku share sikit ngan kalian gambau 2 orang tuh..

Ni Adam..
Banyak cakap..


Si Enyol,
Darjah 1 sekolah cina..
Kesian tol aku tengok homework dia yang menimbun..

Tuesday, September 09, 2008

Tag II

ni si Pink pulak tag...
Kesiankan dia yang jatuh motor, aku reply gaks le..
Semoga dia terhibur

1-bape ari cuti?
26/9 - 4/10.. panjang sungguh.. raya "hindu" kata org kedah

2-buat kuih raye sendiri ke tunjuk je?
Aku jantan, mane reti buat kuih-kuih ni, meggi pun aku main celup ayaq panas jer..

3-ponteng pose x?
Arwah bapak aku marah kalo ponteng, seumur hidup cuma tahun 1997 je aku tinggal pasal kerje teruk..

4- ponteng pose time kecik?
Masa kecik lagi teruk, kalo ponteng kene dok kat luar time bukak.. paling takde, aku togok air paip masa mandi je.. keke

5- perkare plg nakal..
Bulan posa pi curi tembikai kat kebun cina, nak buat bukak puasa... kena sebat lagiii ngan bapak aku... hehe

6- bende yg tiap kali raye korg wat, xpandai?
Lemang gamaknya, walaupun punya la ramai org tempah dari bapak aku, aku haram tak reti.. yang aku tau, main api sambil kacau bapak aku bakaq lemang..

ketupat aku terer lah pink.. mau lawan pun boleh..

7- makanan ari raye kegeraman? (Pink, ni kegeraman ke kegemaran?)
aku tak sure dak pink ni dapat berapa BM masa SPM.. hehe
Tapi aku blasah segala jenis, tapi aku org kampung, priority masih pada kuih tradisional.. bahulu pun aku bedal...

8- duit raye korg dapat bile kecik?
Aku suka tengok sarkas kat TV, kurang jalan kurang le sennn... hampeh punya sarkas..!

9- duit raye korg abih bile dewase?
ntah la, aku lost track mana pi duit raya aku tu.. bila besar semuanya habis..
Maybe ade toyol dikampung aku yang kejenya mencuri duit raya..

10- baju rye bape pasang?
nanti aku tanya bini..

11- harapan korg di ari raye?
harap-harap jalan tak jem masa aku lalu.. masa org len, jem pun tak pe..
padan muka diaorg...

12- ucapan diari raye nnt?
makan kuih ingat-ingatlah kat aku.. kekeke..
Klasik tol ayat masa berchenta dulu nih...

Tag I

Walau Eira tau aku bukannya suka tag-tag ni, dia tag jugak..
Tag bagi petani mcm aku cuma terbayang tag telinga kambing@lembu je...
Sejak bila la pulak wujud tag pada homo sapien ni..?
Tapi untuk tidak menghampakan Eira kawan aku sorang ni, aku blasah je lah..


1)What were you doing 5 years ago
Doing my wife, u can see Adam as the result.. hehe, he's 4 yrs old now..

2)What were the 5 things on your to do list today?
Check Draft Agreement ngan org bela ikan
Check draft agreement org culture EM
Letter to LKIM
My Claims for the past 4 months..
Nih, jawab tag Eira

3)What are 5 snacks that you enjoy? '
ermm.. none..!

4)What are 5 jobs you've had?
farmer, gomen serven, businessman, fisherman and being a husband to mdm canirah yang garang tak hengat..

5 People i want to tag :
errr..?

Monday, September 08, 2008

Jual Kuih

Sekarang orang jual kuih makin handal..
Tengok ni..




Kan main diaorg packing..
Lawa betui..
Pastu mahai..
Pastu dok heran pasai pa tak laku...
Kekeke..

Kalo kalian berhasrat nak bantu petani miskin di Kedah, next time belilah barangan keluaran diaorg..
Buat hamper ke hapa ke.. kasi hadiah ke..
Supportlah barangan Koridor..!

Sunday, September 07, 2008

Adam Potong Rambut

Selalu budak ni aku biar je rambut dia panjang..
Tapi Mama dia nak potong plaks..
Hasilnya...

Dah hilang mukanya yg notty tuh..
Aduss..!

Thursday, September 04, 2008

Missing Malaysia

Dari Email opehmate..

Vietnamese come, Dogs and Cats missing.....
Bangladeshi come, Malay girls missing.....
Chinese girls come, Husband missing......
Politicians come, Mongolian girl missing.....
Police come, Drugs missing......
Election comes, Government funds missing......
Election lost, documents missing......
Release true reports, Doctor missing...
Tell the truth, the Whole family missing.....
Pass on this e-mail, YOU will be missing???????


kekeke..

Wednesday, September 03, 2008

Selamat Berpuasa

Dah nak masuk hari ke-4..
Biar dah lambat, namun aku tak mau tertinggal ucapkan selamat berpuasa pada semua..

Mcm biasa, menu berbukak aku tetap tepung pelita

Mak Cik Tesco ni memang baguih..
Tu gambaq 2006, tapi rasa 2008 masih sama 2006..
Kedai pun masih sama..
Cuma 2008 ni gambaq adam tu lebih besar.. eheks!