Wednesday, April 30, 2008

NCER VI

Gomen nak ubah cara bertani..
Khabarnya Kementerian Bertani Negara kurang perform...
So, kene buat NCER... private driven katanya...
Lepas tu depa ambik orang-orang lama dari Kementerian Bertani masuk dalam..

Lerr... dah jadi gomen semula.. hehe

Wednesday, April 23, 2008

Program Bicara Tani

Malaysia.. oh! Malaysia..

cara bertani mu songsang.. eheks!

mungkin orang melayu boleh buat tesis PhD bertajuk "Input Pertanian Baru - Cara Melayu Malaysia - mulakan dengan bicara".. hehehe

Sunday, April 20, 2008

Balik Kajang

Ikut plan, minggu lepas aku takmo balik Kajang..
Takdo apo nak buek, lewat maghrib bini call, bagitau kete breakdown..
Aduss..!

Nasib baik ade rakan dari Kajang turun ke Black Forrest (ye ke.. bukan Danok ka?)
Tiket bas mana nak jika lst minute macamni, tumpang je diaorg..

Alhamdulillah.. Bini & anak selamat..
Cuma kete je kena top overhaul..

Thursday, April 17, 2008

Anwar Vs Pak Lah Vs Najib

Dalam senario Pakatan Rakyat meraikan kemenangan mereka, nampaknya mereka terus dengan gerak kerja tanpa honeymoon.
BN pulak berduka dengan kekalahan terus bergoyang dengan perebutan kuasa.

Nampak gaya Najib cuma pandang Pak Lah tanpa sedar Anwar makin rapat ke kerusi PM.
Bila Pak Lah step-down, Najib cuba ambik kerusi PM, tetiba Anwar muncul dahulu didepannya..

Teori aku je daaa...

Jual Sistem Ke Jual Ikan?

Sekarang system provider untuk RAS (Recirculating Aquaculture System) bersepah. Paling banyak keli kanvas, contohnya:
Berintam, Active Surge, Puncak Rezeki, Green Vison, HJS Agrotech, Must One & Sector Prima. Jika aku compile, maunya aku boleh binding dan buat tesis utk MSc. Hehe..

Tapi rata-rata yang aku jumpa, kebanyakkan nak jual system aja.. So called SOP diaorg sebenarnya carca-marba.. bagi makan sekilo nak bagi jadi 2 kilo ikan.. hehe
Tapi depa pandai kelentong, ramai jugak yang terkelentong dengan umpam "beli balik" diaorg.. Kesian pak cik pencen yang laburkan duit utk dileburkan mereka..

Hina sungguh golongan sebegini, sanggup bawak balik duit kasi anak bini makan pulak tu..

Wednesday, April 16, 2008

NCER V

Hari ni aku cuba tengok strength aquaculture kat Sg Petani. Dalam kepala aku cuma nampak Pulau Sayak, Kolam LKIM & Kilang feed Majuikan.

Sampai di kolam LKIM, aku hampa, kompleks yang canggih dah terbiar, ada lori bawa keluar perabot. ada juga lori bawa keluar kabel eletrik. aduss..!

aku singgah ke Pulau sayak, tengok RAS diaorg. ermm.. canggih jugak.

Kilang feed majuikan, aku ingatkan boleh bertemu Zaini. Zainni pergi KL lah pulak..

TQ En Zul DoF/Pak Malau. Tepung Bungkus Kota memang enak.

next, aku mau pusing Juru/Nibong tebal

Aqua @ NCER

Aku masih bingung, transition dari seorang petani/saudagar ke kakitangan kerajaan memberikan aku gambaran jelas mengapa Malaysia terus tertinggal dalam teknologi pertanian samada peringkat negara ASEAN mahupun dunia.

Kakitangan atasan banyak yang follower
Tidak kreatif bagi mencari kaedah penyelesaian peringkat bawah
Mereka suka mengimport teknologi untuk dipamerkan pada Menteri sahaja

Apabila disarankan membangunkan teknologi tempatan, mereka memandang sinis..

NCER IV

Petani kedah dalam proses transformation dari produce 3 -4 tan semusim/hektar kepada 8 tan sehektar..
NCER sedang dalam perbincangan akhir bagi penyediaan insfrastrukur
Kena kasi tanah level & even
Kena introduce tranplanting teknik

lepas 2 tahun InshaAllah pengeluaran padi negara akan bertambah terutamanya bagi kawasan NCER

Monday, April 14, 2008

Mentaliti Boss-Boss Petani

Harini cuma buat site visit.
Dari Alor Setar aku bergerak ke Kuala Nerang, Bukit Kura.
NCER nak adakan program penanaman sorghum bersama KEDA.
Jadi banyak masa dihabiskan untuk driving.
Bawak boss, aku dengarlah apa yang diaorang fikirkan untuk sehari tu..

Aku sedih..
sepanjang perjalanan, lepas tu singgah makan..
ceritanya tetap satu.. cerita tentang gaji dan pangkat..
cerita tentang pendapatan mereka RM6 ribu sehingga RM30 ribu sebulan..
sorry lah petani.. korang tidak diminda boss-boss

Sunday, April 13, 2008

Bertani Cara Malaysia

Kerajaan mewar-warkan perbelanjaan berjuta ringgit untuk improve pendapatan petani..
Kerajaan buat NCER... dengan harapan petani akan menikmati hidup yang lebih baik..
Tapi so far, aku cuma lihat kalangan GM, Manager, eksekutif NCER yang menikmati hidup mereka dengan bergaya..
Rakyat marhean terus derita...

GM aku, nak ke alor setar request kereta.. RM700 dibelanja utk tampung nafsu besarnya..
Apa perasaan dia gamaknya bila lalu dikawasan Bukit Kura, Kuala Nerang dan melihat kedaifan penduduk disana..?
Mungkin RM700 kos sewa kereta boleh dijadikan wang beli susu...

NCER III

Jika kalian mahu bertani, NCER ada 2 3 geran utk korang.
Caranya agak mudah. Forward je proposal, biz plan & financial statement.
Jika berdaya maju, NCER akan menyusul membuat site-visit.
So far, ade 2 3 proposal yang dok tengok..

cepatlah..

Tuesday, April 01, 2008

Benda Baru di Kedah I

Changloon = Tembakau Jatuh
Jitra = Dewa Hinggap

ermm..

Sunday, March 30, 2008

Bas 2 Tingkat

Salah satu yg aku suka dok sini boleh naik bas 2 tingkat balik kajang


3 kali aku naik, 2 kali dok tingkat atas
sekali dok tingkat bawah

kalo korang nak naik, pilih la kat bawah...
luas & selesa

Intetelek yg tak celik

Kat Malaysia ramai betui Intelek dalam bidang pertanian,
pi jenguk MARDI, pi jenguk UPM, UMT, USM etc,
tapi intelek-intelek tu tak celik gamaknya...
atau depa syok sendiri..?

Makanan Kat Aloq Setaq

Aku dok Aloq Setaq mau dekat sebulan dah
Semalam aku try nasi kandaq kat Maybank Mergong..
"Macam Hampeh..!"
tu jelah komen aku sambil wondering pasai pa la ramai sangat orang kedah dok Q kat kedai tu..

Saturday, March 29, 2008

Pengalaman Jadi Weekend Husband

Sejak bertugas di Alor Setar, terasa juga susah dok jauh ngan family.
Nasib baik aku sibuk ngan kerja, cuma bila malam, aku dok teringat kat si Adam.
Si enyol selalu telephone..
Mama diaorg pulak sebulan pertama ni aku nampak jenuh sikit pasal banyak komitmen..
Pagi jenguk kilang & kolam, tengahari hantar enyol pergi skool, petang masuk kilang balik
Lewat petang ambik enyol, hantar pergi kelas Al-Quran.. BZ sungguh..
Malam jam 9.30 baru boleh aku layam YM ngan enyol..

NCER II

Bila dah mula kerja, antara benda pertama yang aku buat, aku pi survey segenap ceruk supaya information yang aku dapat tepat. makasih banyak-banyak pada En Nasir penang pasal bawak aku pusing-pusing. Makasih jugak pada En Mazlan Perikanan pasal bagi data-data tentang perikanan di kawasan utara.

Aku juga pergi ke MADA, dibawah Bahagian Bukan Padi, depa aktif juga bela ikan.
tapi masalah yang sama terus tekan pengusaha Muslim. nak compete harga dengan produk perut ayam menyebabkan banyak projek "Hidup Segan, Mati Mau.!"

En Hamid dengan slang kedah yang pekat berjanji akan bantu aku merealisasikan projek-projek akua bersama MADA.
info yang aku dapat:
MADA ada 50 ekar kawasan air utk sangkar di Pedu
1500 sangkar dia kawasan MADA
400 kolam dikawasan MADA pelbagai saiz.

ermm.. sesuatu untuk aku mula menapak..
tapi isu kos makanan yang tinggi masih menghantui aku..
kalo aku terjun, pasti aku turut karam..
formula mesti dibentuk

NCER

1 hb March 2008, hari bersejarah.
jika sebelum ini aku penat naik-turun pejabat kerajaan, mulai tarikh tersebut aku lebih penat kerana tiap hari aku kena masuk office kerajaan... hehe
sekarang aku dengan rasminya jadi pekerja pada kerajaan.

ada jugak kawan-kawan yang tanya, apa-kejadah si usop masuk NCIA? (utk yang belum tau NCIA = Northern Corridor Implementation Authority)

aku jawab "jadahnya aku penat proposed ke kerajaan.. skrg aku boleh secara langsung terlibat dengan pembangunan pertanian/akuakultur"

aku masih ingat, pada tahun 2003, aku dah propose pada jabatan perikanan untuk ambik tindakan pada isu kenaikan harga input pertanian. bagi industri akua, tentulah makanan.
aku ingat lagi Dr. Pathmasoty dari Batu Berendam cakap "ask the 3 jack, go home and fly kites" puki mak... carut aku masa tu..

tapi lepas 5 tahun, harini semua petani bising harga input naik.
baja nak 100%
racun naik mencanak..
makanan ikan naik 10-25% kualiti pulak makin merosot.

aku akan berusaha bantu semampu boleh untuk naikkan bidang pertanian esp akua.

oleh kerana aku perlu fokus, aku buang sekejap no phone aku dari BJ.
pada sesiapa yang nak contact aku boleh email aja ke ikanpuyu@gmail.com

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua...
kepada semua yang tak berpuasa = tak selamat ooo..!!

Kat tempat aku surau masih blom siap,
kena la pi surau taman seblah...
Selangor Maju!

Monday, September 10, 2007

Babi Melaka Vs Rakyat Terengganu

kat melaka...
depa bela babi haram
gomen kasi bela 50,000 ekoq
depa bela 150,000 ekoq

pi la polis/FRU nak tembak...
sekali babi tu pi sondoi..
depa lari balik balai...

kat terengganu pulak,
org buat ceramah...
apply permit tak kasi..
depa buat jugak...

pi la Polis/FRU nak suraikan..
sekali tertembak la pulak...

emmm... untung jdi babi di melaka compared ngan jadi org kat terengganu