Monday, January 10, 2011

Sunyi

Senyap sunyi blog aku ni setahun yea..
Entry terakhir 8 Jan 2010, La ni dah 10 Jan 2011..
Setahun tanpa new entry..
Mungkin betul la kata mamat fesbuk tu..
Zaman blog, email akan berlalu..

Friday, January 08, 2010

Ketam Vs Udang

Ketam ni tak yah compare lah dengan udang laut which is Malaysian export bill yang RM1.3 billion tu...
Ketam?? wakaka.. bunyi je lebih.. barang takde.. hehe


Gambar Hiasan Kolam memain milik En Puyu (sori takde ketam penipu disini)

So, untuk pelobi ketam, cuba habaq mai kat mana projek ketam kondo yg success..
Aku betui-betui mau pi tengok.. :)

Oh ye, tu baru satu projek gua babe! kalau lu mau tau, sila provoke supaya gua dengan idung kembang boleh list out projek akua yang gua involve.. hehe

p/s: entry ni hanya untuk golongan pencacai ketam kondo, supaya otak mereka berupaya berfikir secara waras.. :)

Tuesday, January 05, 2010

I'm Yours(ukulele)

Layannnn...

Melabur Dalam Ketam Nipah

Agaga.. ni ayat skema tahun baru..

Aku dok usyar dan ikut perkembangan akua kat Malaysia se"close" mungkin..
Pantang ade bende baru, aku pi jenguk-jenguk..
Melalui network dan kawan-kawan yg ade samada pengusaha, supplier, kakitangan gomen, penyelidik, etc, aku akan bertanya buah fikiran diaorg..
Kitaorg exchange info dan pendapat..
Dari situ, aku buat statement..

Being a gomen servant, byk bende kene consider..
Acap kali kita tengok kakitangan gomen di"perguna"kan..
Lawatan ke projek untuk mendapat 1st hand punya info, telah dicanang sebagai endorsement oleh kerajaan oleh golongan oportunis..
Contoh ketara, projek "baja organik" dan "ketam nipah"
Walhal, org cuma nak pi visit.. depa canang gomen dah support..
Biasanya mereka ini akan mislead info kepada pelabur supaya barang mereka laku dipasaran..
Gambar-gambar lawatan oleh org atasan jabatan akan digunakan sebagai testimonial..
"Game' amatur ni biasanya berjaya memerangkap kumpulan "Beginners" yang eager nak buat projek tapi tak mencari info secukupnya..
"Game" ini juga berjaya memerangkap golongan "desperado", contohnya Pak Cik Tua yg baru pencen yg baru dapat gratuti dan org yg baru ambik vss..
Akhirnya pak cik tua dan mamat vss merana.. duit gratuti/vss lebur..
Padahnya, bergaduh anak-bini pasal salah urus kewangan keluarga..
Aku ade jumpe kes yang sampai bercerai-berai...
So, memang aku emo terhadap golongan oportunis dan tidak berhati perut ini..
Semata-mata keuntungan RM2,000 - RM3,000 untuk satu set.. diaorg sanggup menipu tentang sistem yang dijual tu..

So, berbalik pada ketam nipah..
Untuk "layman" (Pak Cik Tua baru dapat gratuti atau mamat VSS), jika beli sistem ketam ini, mereka boleh bela ketam dan jual dalam masa 21 hari saja..
Dalam otak diaorg, congaknya adalah seperti ini:

Kalau bela 100 ekor, seekor 4 kilo = 400 kilo
400 kilo x RM30 = RM12,000 satu cycle..

1 cycle cuma 21 hari, setahun dapat 12 cycles
RM12,000 x 12 = RM144,000!!!!

Fuiyooo..!! labur RM6k dapat RM144k..
Pak Cik dan Mamat tadi pun membeli lah sistem tu..

Dibelakang hari, pak cik dan mamat tu baru sedar, nak dapat 300gram sekor pun susah kan main...
Ketam asik mati pasal sistem rawatan air yang dibekalkan berserta sistem RAS tersebut tidak berupaya merawat air sebaiknya..
Pak Cik tadi start kete dan mula mengangkut air laut sendiri..
Ketam masih mati, pembekal pula menyalahkan air laut pula tidak bersih katanya...
Integrator pula mencadang pada Pak Cik dan Mamat beli membeli ozon..
Integrator untung lagi, pak cik dan mamat makin rugi..
Bila dah dipasang ozon, ketam masih mati..
Pak cik dan Mamat mula bising..
Integrator menyalahkan sumber benih pula...
Integrator cadangkan benih baru dan sedikit mahal..
Integrator untung lagi... Pak cik dan mamat makin kempis poket..

Bini Pak CIk dan Mamat mula bising..
Pak Cik dan Mamat sudah letih..

korang imagine la kesudahan cerita yang kerap-kali aku jumpa ini..

Thursday, December 31, 2009

Happy New Year

Selamat Tahun Baru..

Sila claim hadiah anda disini

Sunday, December 27, 2009

Ketam Nipah Havoc

Nak tau berapa ramai penipu..
Nak tau berapa ramai kene tipu..

Jenguk le forum Topix yang rancak dok cerita ketam nipah..
Aku rasa mamat Anon yg dok komen kat sini pun pencacai penipu penjual sistem yang tak proven tuh.. wakaka..

Jemput baca keseluruhan cerita betul disini

Saturday, December 26, 2009

Projek Ketam Nipah Lagi

Aku sebenonya maleh nak tapis-tapis komen orang..
Aku cuba ler jadi tak bias dan berlapang dada..
Aku masih mencari fakta-fakta dan projek contoh bagi men'confirm'kan kejayaan projek ketam nipah ni..
So far.. aku jumpa banyak rubbish.. banyak opportunis nak jual set bela aja..
Bila jual set ketam, boleh jual benih ketam, boleh jual makanan ketam..
Kalau ketam mati, 1001 alasan depa bagi..
Bila projek fail, depa blame penternak kononnya tak ikut SOP..

SOP kepala hangguk diaorg.. diaorg bela pun ketam asik mati jer...

Puak-puak berniaga takde etika ni, bukannya ade hati perut..
Diaorg pun tau, benda tu R&D.. pun diaorg nak jual..
Kesian kat pembeli.. terinaya..!
Nak saman pun tak reti lagu mana.. lagi pun dulu depa juga gatai tangan nak beli..

Err.. nanti le aku membebel.. nak rest jap..

Thursday, December 24, 2009

Ketam Nipah

Agak menarik juga tetiba ade pengomen-pengomen masuk serentak membalun pasal posting aku berkenaan ketam nipah.. errmm cuba kalian baca dan cuba faham maksud aku dahulu sebelum mula menembak peluru yea.. :)

Aku dan SAMA Aquaculture takdo kene mengena pun.. boleh check ler..

Kelakar pun ada bila golongan oportunis yang cuba menjual sistem bela ketam marah-marah kat aku.. tapi kan, aku rasa bangga la jugak dapat menyelamat sukupang dua duit orang dari dileburkan.. :)