Tuesday, December 30, 2008

Hepi New Yeay!

Happy New Year Everibodi...

1430 H & 2009 M...

Semoga murah rezeki dan umur panjang..!

Tuesday, December 23, 2008

Banana, Adam Babana?



Enyol teach Adam how to pronounce banana..
Funny.. sampai la ni dia takleh sebut Banana..

Sunday, December 21, 2008

Tag si Rina

1) do you think you're hot?-
Hish..! akal aku yang waras berpendapat, soalan ni boleh menyebabkan aku menjadi khunsa jika dijawab dengan penuh perasaan.. hehe

2) upload ur favourite picture of u..



3)Why do you like that picture?
It simply takes me home wheneva i think of my kids..

4)When was the last time you ate pizza?
I can't remember.. perhaps last month at JJ Cheras Selatan..

5)The last song you listened to?
I'm Yours - Jason Mranz..

6)What are you doing right now besides this?
Listening to the song for question no 5..

7)What name would you prefer besides yours?
Kecik hati bapak aku soalan ni.. bagi menjaga hati dia, aku tak jawab ler..

People i tag :
takde idea... lagipun org laki jarang layan Tag.. hehe.. tak macho kata diaorg..

8)Who is number 1?
N/A kalo bini #1 tu Sanirah

9) Number 3
N/A jugak.. tapi kalo bini # 3 belum fikir, pasal tengah dok fikir nak cari # 2 dulu

10)Say something about number 5,
#5..? lagi le takde..

11)How about number 4?
# 4? errmm i dun't like # 4 since feng shui tak elok katanya jika di associate ngan aku..

12)Who is number 2?
# 2? jeng.. jeng.. jeng.. tengah dok carik ler ni.. leh sesapa rekemenkan ker..

Kuala Terengganu

Berat juga UMNO nak pi lawan..
Dah pikul beban cerita penswastaan IJN..
Boleh lingkup depa kat sana.. hehe

Sunday, December 14, 2008

Feedlot

Setelah 6 bulan orang dok habaq pi, baru boss decide feedlot takyah buat..
Hehe.. kalo mengandung, dah nak beranak dah tu..

Wednesday, November 19, 2008

Tol'ol'

Wah..!!
Dapat diskaun 10%..


Hampeh..!
Dari jam 12 malam - 7 pagi jer..

Akan ade orang miskin yang budget, cuba balik lewat malam..
Sedangkan dia tableh pandu malam..
Dia accident.. langgar orang lain.. orang yang bawak motor..

Mungkin policy maker tableh visualize tragedi nih lagi..
Bila kene baru nak menyesal..

Tuesday, November 18, 2008

Memahami Norman Hakim

Rata-rata org cakap Norman Hakim salah..
Bagi aku, aku faham apa yang Norman Hakim rasa..
Kalau bini cengil (garang) macam singa..
Memang nak balik rumah pun rasa malas..
Lebih rela tidoq tepi jalan atau dalam kereta..

Kalo Norman Hakim tu teruk..
Mau parah bini dia kene terajang bila pi sergah ngan reporter..

Cuma aku leh cakap:
Kalo kalian Pompuan; jaga tutur kata dan redha dengan laki kalian selagi dia memunai tanggungjawab dia sbg suami.

Kalo kalian laki; jangan cari bini macam abby abadi...!

Monday, November 17, 2008

Aquafair 2008



Sapo mau tengok ikan leh la pi sana..

Fakta Lama

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Bebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya

(cilok dari ntah dari mana)

Lawak Lama-Lama

Ada seorang wanita yang telah dua kali berkahwin namun selalu gagal dengan perkahwinannya. Perceraian dengan suami pertamanya kerana suaminya kasar, sering memukulinya. Perceraian yang kedua kerana suaminya lari dengan wanita lain. Namun setelah kejadian itu, sampai sekian lama dia belum menemukan kekasih baru yang mampu memuaskannya secara zahir maupun batin. Hingga suatu hari dia memasang iklan:

"Dicari: Laki-laki yang tidak suka memukul, setia dan sangat hebat di atas ranjang."

Seminggu kemudian datanglah seorang lelaki dengan mengetuk pintu rumahnya.
Betapa terkejutnya wanita itu setelah dia membuka pintu, seorang laki-laki tanpa kedua tangan maupun kakinya.

"Saya datang sehubungan dengan iklan yang puan pasang seminggu yang lalu," ujar laki-laki tadi dengan penuh yakin.
"Mungkin saudara salah," sergah si wanita.
"Saya cuba jelaskan," pintas si laki-laki tadi.
"Saya tidak a! kan memukuli puan kerana saya tidak punya tangan, saya tidak akan lari meninggalkan puan kerana saya tidak punya kaki."
"Tapi..." potong si wanita, "bagaimana saya boleh tau awak hebat di atas ranjang?"
"Agak-agak puan, tadi saya mengetuk pintu dengan menggunakan apa?"

Monday, November 03, 2008

Saman

18-Nov-2006 (2006!!) 1.30 pagi (1.30 pagi..!),
Aku kene saman beat traffic lite..
Polis yang mangkuk tak mau pi check lampu tu bila aku inform lampu to rosak..
Katanya da pandai ler buat keje dia..
Katanya lagi kalo tak pueh hati boleh jumpa kat mahkamah..

Setelah 8 kali pergi mahkamah, akhirnyaa selesai juga kes aku..
Kes dismiss..!

Alhamdulillah..

Pengajaran:
Kalo Polis mau saman, sila hulur rasuah, lebih mudah.
Kalo masuk court, jika rasa tak bersalah terus mintak utk gugurkan kes. jgn buang masa.
Kalo masuk court, kos uruskan lebih mahal dari bayar rasuah ataupun bayar kompaun.
Kos aku ulang alik 8 kali Kajang-Putrajaya = RM400
Kalo rasuah mungkin RM50 je,
Kalo kompaun paling banyak pun RM300 je..

Sunday, October 26, 2008

Koridor Utara

Kat sini, gaji ikut private..
Boss Besar (CO) angkat RM35k/bulan
Boss Kecik Sikit(SVP) angkat RM20-25k/bulan
Boss Sedang-Sedang (VP) angkat RM15-17k/bulan
Boss Paling Dhaif (M)ambik RM6-8k/bulan
Khadam-khadam dapat tempias RM2-5k/bulan

Fuiyoo..!!
Gaji ikut privatelah...!

Tapi prosedur ikut gomen 100%

Kalo kalian rajin bagitaulah orang besar negara agar kalo diaorg mau buat kerja ikut gomen, gaji pun ikut gomenlah..
Kalau mau gaji besar dan drive BMW, kerje pun kenelah outstanding..

Koridor nih diilham Pak Lah untuk tolong orang susah...
Andai kita teliti objektifnya.. nak naikkan pendapatan petani..
So far, setelah hampir setahun beroperasi, aku cuma nampak mereka berjaya menaikkan taraf pendapatan mereka sahaja..

Porahhhlahh Boss...!!
Gua kencing kubur lu bila lu mampos kelak...!
Lu jgn cakaplah Malaysia tertinggal dengan Thailand lagi.. Lu lah penyumbangnya..!

Sunday, October 19, 2008

Layan II



I'm Yours lyrics

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon its again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
we´re just one big family
It's your God-forsaken right to be loved love loved love love

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and I laughed
I guess what I'm saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la one big family ([2nd time:] ah, la happy family)
It's your God-forsaken right to be loved love love love

I won't hesitate no more
Oh no more no more no more
It's your God-forsaken right to be loved, I'm sure
Theres no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

No I won't hesitate no more, no more
This cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours, I'm yours

Thursday, October 16, 2008

Meeting With UPEN

Masuk gomen, kene belajar berhemah..
Jika dlm private kena establish PR, dlm gomen kena bodek..
Mulakan cakap dengan hormat pada pengerusi (biarpun pengerusi tak hurmat org len)..
Iyakan aja cakap-cakap Tuan Pengerusi biarpun dia bodoh-bodohkan kita...
Sebagai org lama, Tuan Pengerusi akan cuba manupulasi kepentingan dia...
Kita iyakan ajalah..
Majlis bersurai bila tuan Pengerusi nak kena pi tengok bini beranak..

Hampeh..!

Tuesday, October 14, 2008

MC

Aku mana de reti MC-MC nih...
Selama aku hidup, ni ler 1st time aku MC.. hehe

Lain kali aku takmau da tidoq lewat..!

Wednesday, October 08, 2008

Kerajaan Tak Boleh..!

Dulu zaman Tun, Malaysia sibuk dengan slogan Malaysia Boleh!
Dari berenang Selat Inggeris, kita panjat gunung Everest..!

Tapi bila bertani, kita kata tak Boleh pulak..
Ini tak boleh! itu Tak Boleh!
Alasannya Prosedur?
Sapa yang buat prosedur tu?

Aku fikir jika Israel ikut prosedur, tentu dia tak dapat bumi Palastin..
Israel tak ikut prosedur, dia dah ade teknologi nuklear..

tapi kita masih mau ikat tangan dengan prosedur hatta dalam bertani dan membantu orang miskin bertani..

Hampehlah pemikiran kakitangan kerajaan yang macamni...!
Aku maki dan sumpah laknat la atas kejahilan hampa..

Tak Boleh tu cuma pasal memang kakitangan dungu yang cuba cari alasan supaya tak membolehkan aja..
Kalau dia usaha, tentu boleh..

Angin betul aku..

Monday, October 06, 2008

Raya

Aku fikir baik jugak cuba bawak Adam sembahyang Raya
Lepas siap berbaju.. terus grak ke masjid


abis je sembahyang, Adam terus sembahzzz...

Bertuah punya anak.. hehe

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya


Maaf Zahir & Batin

Kepada yang drive balik,
Selamat Menempuh Jem..!

Pada yang naik bas,
Selamat bayar 30% lebih harga tiket..

Pada yang raya kat KL..
Selamat tengok TV..

Duit Raya Sekupang

Raya dah dekat..
Pak Lah pun kasi duit raya..
Dapat la sekupang..
Hehe..!

Jadi sapa mau duit raya sila le stesen minyak berhampiran yea..

Sunday, September 21, 2008

Lembah Bujang

Minggu ni aku skip a.k.a ponteng balik ke Kajang
Aku kene gi Perlis, tengok site mau tanam jagung
Aku jumpa Dr Ibrahim dari JPV Putrajaya
Marah pulak dia bila aku kata NFC punya project fail
Bikin abis wang negara aja..
Patut la industri lembu negara tertinggal..
Mentaliti boss suka sapu masuk bawah karpet..

Petang Jumaatnya aku dijemput bukak posa sama KP JPV di Juru,
otw ke Juru aku singgah ke Gurun solat jumaat..
Pasai masih banyak masa, aku melencong ke Lembah Bujang
Last time aku melawat sini masa aku sekolah rendah.. hehe

Tapak Candi..
Masa aku darjah 6 macam ni lah jugak..
Tak berubah pun..


Nih perahu sagor..
dulu org naik perahu ni le susur sungai..
ade banyak bijik diaorg jumpa..
rajin betui diaorg mengorek, takde keje lain gamaknya.. hehe
atau mungkin depa boring tunggu berbuka, buat-buat le korek tanah..


Aku cuba jugak baca ape dia tulis..
Jenuh aku cuba..
Hempeh..! sepatah haram aku tak tau..


Kalo kalian mau berkunjung lepas ni,
Kalian bawalah baju mandi..
Ade air terjun ooo...
Nampak enak pulak ayaq tu jika diteguk lepas penat panjat tangga.. hehe

Thursday, September 18, 2008

Kaktus Gurun

Aku singgah di R&R Gurun...
Ade le pokok kaktus 2 3 batang..
Sekali pandang mcm takde pe pun, biase je..


tapi 2 kali pandang..
"ooo.. ramainya manusia yang gila glemer.." kata co-pilot aku..
Tengok ni...

Monday, September 15, 2008

Weekend Husband

Aku weekend husband..
Tapi, jika compare aku bini ngan anak..
Aku lebih rindu sama anak..
Maybe bini aku kene kurangkan paras garang dia.. hehe
Bila aku terfikirkan diaorg..
Aku kene develop method untuk pastikan aku boleh lelap lena..
So, aku simpan le sekeping dua piccas diaorg dalam cellphone aku..
Aku share sikit ngan kalian gambau 2 orang tuh..

Ni Adam..
Banyak cakap..


Si Enyol,
Darjah 1 sekolah cina..
Kesian tol aku tengok homework dia yang menimbun..

Tuesday, September 09, 2008

Tag II

ni si Pink pulak tag...
Kesiankan dia yang jatuh motor, aku reply gaks le..
Semoga dia terhibur

1-bape ari cuti?
26/9 - 4/10.. panjang sungguh.. raya "hindu" kata org kedah

2-buat kuih raye sendiri ke tunjuk je?
Aku jantan, mane reti buat kuih-kuih ni, meggi pun aku main celup ayaq panas jer..

3-ponteng pose x?
Arwah bapak aku marah kalo ponteng, seumur hidup cuma tahun 1997 je aku tinggal pasal kerje teruk..

4- ponteng pose time kecik?
Masa kecik lagi teruk, kalo ponteng kene dok kat luar time bukak.. paling takde, aku togok air paip masa mandi je.. keke

5- perkare plg nakal..
Bulan posa pi curi tembikai kat kebun cina, nak buat bukak puasa... kena sebat lagiii ngan bapak aku... hehe

6- bende yg tiap kali raye korg wat, xpandai?
Lemang gamaknya, walaupun punya la ramai org tempah dari bapak aku, aku haram tak reti.. yang aku tau, main api sambil kacau bapak aku bakaq lemang..

ketupat aku terer lah pink.. mau lawan pun boleh..

7- makanan ari raye kegeraman? (Pink, ni kegeraman ke kegemaran?)
aku tak sure dak pink ni dapat berapa BM masa SPM.. hehe
Tapi aku blasah segala jenis, tapi aku org kampung, priority masih pada kuih tradisional.. bahulu pun aku bedal...

8- duit raye korg dapat bile kecik?
Aku suka tengok sarkas kat TV, kurang jalan kurang le sennn... hampeh punya sarkas..!

9- duit raye korg abih bile dewase?
ntah la, aku lost track mana pi duit raya aku tu.. bila besar semuanya habis..
Maybe ade toyol dikampung aku yang kejenya mencuri duit raya..

10- baju rye bape pasang?
nanti aku tanya bini..

11- harapan korg di ari raye?
harap-harap jalan tak jem masa aku lalu.. masa org len, jem pun tak pe..
padan muka diaorg...

12- ucapan diari raye nnt?
makan kuih ingat-ingatlah kat aku.. kekeke..
Klasik tol ayat masa berchenta dulu nih...

Tag I

Walau Eira tau aku bukannya suka tag-tag ni, dia tag jugak..
Tag bagi petani mcm aku cuma terbayang tag telinga kambing@lembu je...
Sejak bila la pulak wujud tag pada homo sapien ni..?
Tapi untuk tidak menghampakan Eira kawan aku sorang ni, aku blasah je lah..


1)What were you doing 5 years ago
Doing my wife, u can see Adam as the result.. hehe, he's 4 yrs old now..

2)What were the 5 things on your to do list today?
Check Draft Agreement ngan org bela ikan
Check draft agreement org culture EM
Letter to LKIM
My Claims for the past 4 months..
Nih, jawab tag Eira

3)What are 5 snacks that you enjoy? '
ermm.. none..!

4)What are 5 jobs you've had?
farmer, gomen serven, businessman, fisherman and being a husband to mdm canirah yang garang tak hengat..

5 People i want to tag :
errr..?

Monday, September 08, 2008

Jual Kuih

Sekarang orang jual kuih makin handal..
Tengok ni..




Kan main diaorg packing..
Lawa betui..
Pastu mahai..
Pastu dok heran pasai pa tak laku...
Kekeke..

Kalo kalian berhasrat nak bantu petani miskin di Kedah, next time belilah barangan keluaran diaorg..
Buat hamper ke hapa ke.. kasi hadiah ke..
Supportlah barangan Koridor..!

Sunday, September 07, 2008

Adam Potong Rambut

Selalu budak ni aku biar je rambut dia panjang..
Tapi Mama dia nak potong plaks..
Hasilnya...

Dah hilang mukanya yg notty tuh..
Aduss..!

Thursday, September 04, 2008

Missing Malaysia

Dari Email opehmate..

Vietnamese come, Dogs and Cats missing.....
Bangladeshi come, Malay girls missing.....
Chinese girls come, Husband missing......
Politicians come, Mongolian girl missing.....
Police come, Drugs missing......
Election comes, Government funds missing......
Election lost, documents missing......
Release true reports, Doctor missing...
Tell the truth, the Whole family missing.....
Pass on this e-mail, YOU will be missing???????


kekeke..

Wednesday, September 03, 2008

Selamat Berpuasa

Dah nak masuk hari ke-4..
Biar dah lambat, namun aku tak mau tertinggal ucapkan selamat berpuasa pada semua..

Mcm biasa, menu berbukak aku tetap tepung pelita

Mak Cik Tesco ni memang baguih..
Tu gambaq 2006, tapi rasa 2008 masih sama 2006..
Kedai pun masih sama..
Cuma 2008 ni gambaq adam tu lebih besar.. eheks!

Tuesday, August 26, 2008

Permatang Pauh

Mengikut perkiraan tak rasmi, keputusan adalah saperti berikut:

Peratus keluar mengundi:
DUN Seberang Jaya: 73%
DUN Permatang Pasir: 77%
DUN Penanti : 73%
Jumlah : 75%

PKR : 26,646
BN : 10,436
Jumlah : 37,082
Majoriti: 16,210

Ini adalah peningkatan yang sangat besar memandangkan jumlah majoriti DSWA dahulu lebihkurang 13,000 undi.

Tetapi ini adalah keputusan tak rasmi berdasarkan perkiraan tak rasmi Borang 14. Perkiraan rasmi akan di umumkan sebentar lagi.

Sunday, August 24, 2008

Kedah Champion..!

Yeay..!
Kalian layanlah celebration orang Kedah dari gambar-gambar ni..




Punya la ramai orang tunggu kat airport..
aku pi pickup member dari Kl pagi tadi..


wah..! ade aweks bawak bunga lagi..



Berarak dalam town..
orang kedah ni gila bola sungguh..!

Saturday, August 23, 2008

Pak Lias & Baja Guano

Pak Lias Power..
Dia penjaga Gua..
Kalau kalian pergi ke gua-gua sekitar Lenggong..
Tempat jumpa "Perak man"..
Semua gua-gua tuh Pak Lias yg jaga..

Eh! ini bukan kisah seram, bukan kisah toyol..
Pak Lias pengusaha baja guano..
Tiap hari Pak Lias harvest taik kelawar buat baja...
Aku fikir jika Pak Lias work-out sikit, dia boleh jadi "Batman"
yea la.. kan dia kawan ngan kelawar.. hehe

Aku cuba untuk kembangkan baja Pak Lias via Koridor..
Harap kelak kalian yang bertani boleh support baja Pak Lias..
Baja yang diberi nama Alfa G

Gunung Jerai

Hari Khamis lepas aku dengan Team Agri + Team MAFC pusing-pusing cari tapak utk bertani
Dari Ara Kura (Penang), kami panjat Gunung Jerai.

Best kan.. ade bendang seluas-luasnya... ade laut dan ade Pulau Bidan..
Tengok dari atas bukit.. fuhh..!

Resort masih under construction
Temp 24 degree celcius siang, malam boleh dapat 16 degree..
Sejuk yang suam-suam..
Elok untuk strawberi..
Jumpa satu pengusaha yg baru mencuba tanam strawberi kat situ..
nampak macam success aja percubaan dia..

Drive ke puncak bukit, memang syok...!
Selekoh tajam-tajam, sebbaek tak banyak kereta yang turun naik..

lepas tu kitaorang terus ke Gajah Mati.. Bukit Tangga.. Chuping..
Akhir sekali balik umah aku jumpa bantal dan terus zzzz....

Thursday, August 21, 2008

Ternak Lintah

Aku kabur tentang ternak lintah..
Aku yakin pengusaha anchor cuma ingin buat duit dari kursus dan trading kolam dan lintah
Banyak jugak aku berjalan dan tanya khabar pengusaha yang baru berjinak
Tanya saja "jukebox" orang lama BJ..
Dia pernah bekerja keras merealisasikan ternak lintah lepas kursus..
Tanya saja Dr. Zaleha UMT, dia pun pernah menyatakan sukarnya ternak lintah..

Tapi ramai yang rasa mereka lebih pandai..
Akhirnya diaorg terpaksa bayar yuran yang mahal untuk mengetahui mereka bodoh..!

Baca Metro disini..
Ada cerita orang tangkap lintah buat trading..

Wednesday, August 20, 2008

Koridor Jadi Gomen

Memula katanya private driven..
Sekarang dah jadi gomen..
Macam ni baik tak payah buat koridor-koridor..
Hampeh..!

Monday, August 18, 2008

Gambar silam

Tadi aku google frenster member upm dulu
sekali terkeluar gambar ni siot..!






lawak tol..

Lawak

Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan
untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Olimpik

Lawak musim olimpik


Wow..!

kalo dia masuk olimpik, harus gamat stadium..!

MAHA 2008


Jom ikut aku jalan-jalan



Bawak mem layan Rodeo..
Belum cukup wang mau pi Ostolia..


Ramai oooo... enjoy..
Tapi si Adam tak suka pasal bising lagu Guns N Roses..



Posing lagi..


Naik Gajah beramai-ramai..
Sib Baik gajah tak naik minyak laks..


Naik poney..


Play wit "Labbit"

Overall, MAHA 2008 lebih baik dari segi insfranya..
Tempat livestock, agriculture equipment & machine sangat baik..
Tempat ikan aja mcm hampeh...!! DoF kene wat something gamaknya..
Aku tanya boss ikan, dia kata..
"Depa dok fokus pada Aquafair 2008 bulan Nov nanti.."

Thursday, August 07, 2008

EPU & Format



EPU nadi negara..
Depa jaga ekonomi negara..

Setiap development project kena lalu depa untuk dapat duit,
Kena submit project paper,
Memula dia bagi format 1.. kita pun tak tidoq malam dok pulun buat nak siapkan...
Ok.. done!.. hantar pi...

oohhh.. kena tambah sikit guna format 2..
Tak tidoq lagi, kita sambung keje sampai siap..
alrite... boleh tido bila da hantar..

Lahabau..! dia hantar format 3 pulak..

Patut la Malaysia asik dok belakang...

Monday, August 04, 2008

Statistik ala Malaysia

Meeting ngan org Gomen..
depa sungguh buta statistik..
entah dari mana info depa kutip untuk justify halatuju dan dasar..
nampak macam malas membaca..

Statistik gomen dah jadi Taik-Statik..kekeke

Bela Lembu Besar Cara Gomen

Gomen fikir nak reduce import daging..

"Negara beli byk daging", ujar Boss Besar.
"Kita produce locally", cadang anak buah Boss Besar.

Gomen pun buat feedlot.
Beli lembu feeder dari luar.

2 3 tahun lagi baru Gomen tau, jumlah RM yang keluar lebih banyak dari import daging beku mcm 2 3 tahun lepas.

Buat la breeding program dulu..
Ini bukan chicken N egg situation..
Ini dah confirm kene buat telur..

Kalo aku kata Gomen Bodoh, orang marah-marah jugak..
Tapi mmg dungun pun..

Sunday, August 03, 2008

Tanah

"Kalo NCIA tak kasi tanah, apa NCER le kasi" kata penyunjung 1
"nak bertani kena ade tanah Bro" sambung penyunjung 2 yg aku tak publish commnent dia pasal kena sensor..

"oo.. ramai yang nak tanah yea.." aku kata dlm hati

Kisahnya begini:
bila NCER dilancarkan PM, dia dah aware manade tanah lagi kat utara nih..
abih semua diberi orang.. ade yg dimajukan.. ade yg terbiar..
Menyedari potensi untuk memajukan tanah terbiar ni, Gomen come out dengan satu idea..
"penyatuan tanah" a.k.a land amalgamation

jadi untuk kalian yang tidak bertanah, kalian boleh cari tanah untuk disewa..
carilah tanah yang murah-murah aja sewanya..
andai kalian memandu dari Lenggong ke Grik, bawak ke Pengkalan Hulu, singgah di Baling
Naik ke Sik.. Terus ke Kuala Nerang..
Kalian pastinya terjumpa beribu-ribu ekar tanah terbiar..

Inilah tanah-tanah yang diutamakan oleh Koridor Utara..
Bagi memastikan kalian dibantu untuk memajukan tanah tersebut, Gomen datang dengan bantuan kewangan..
Dinamakan Land Amalgamation Fund.. khusus utk membantu kalian menyewa tanah, membuat Agreement
Dapat le lebih sikit untuk buat land clearing..

Syaratnya sempoi je.. tak susah mana pun.. yang penting rajin & sabar..
Jgn nak marah aku laks.. hehe..
Aku hulur tanan bantu, jangan gigit pulak..!

Sunday, July 20, 2008

Durian Rasa Telur

Sekarang musim durian..
Pernahkah kalian makan durian rasa telur..?

mau coba? habaq mai.. aku kasi tau dimana lokasi durian tuh berada.. eheks!

Jom Petani

Pada kalian yang bersungguh mahu menjadi petani, apakata kalian datang ke Koridor Utara.
Usahakan satu projek yang berdaya saing,
So far, Koridor fokus pada tanaman yang senang dijual, e.g
i. betik
ii. nenas
iii. Pisang

Andai kalian minat pada fertigasi, kalian boleh mencuba:
i. Cili
ii. Rock melon

atau kalian mahu bela kambing/lembu?

mungkin juga kalian mahu terus dibawah aku, kalian boleh mencuba:
i. ternak udang putih
ii. ternak udang galah
iii. ternak ikan siakap/kerapu
iv. ternak tilapia GIFT
v. atau boleh buat hatchery benih ikan/udang pun

Cepat lah, jika lambat mata kalian akan cepat putih..

Tuesday, July 08, 2008

Layannn...

Ok geng..! Layan lagu jap..



nostalgia... heheh..!

Wednesday, July 02, 2008

Ikan air tawar RM292 juta

BILANGAN penternak ikan air tawar di seluruh negara pada masa ini seramai 15,580 orang dengan hasil ternakan yang dikeluarkan dianggarkan 61,652 tan metrik pada tahun lalu bernilai RM292 juta.

Bukak Metro untuk berita lanjut

Tapi aku heran jugak camne komposisi melayu yang terlibat..

Wednesday, June 25, 2008

Kerja Kosong

NCIA dok cari staff...
Berminat..?
Sila forward resume kalian ke secretariat Northern Corridor

macam-macam adaaa...

Orang Besar Bertani

Aku jumpa Datuk Azmi
Orang kuat Tun Musa Hitam masa Tun Musa jadi DPM..

Dia bertani..
Ada 108 relung bendang..
Ada 200 ekoq boer
Ada fertigasi sistem..
Ade fidlot lembu... etc, etc

dia petani tulen dan drive 5 series beb..!
dia juga jamu aku durian.. eheks!

Falsasah Moden

Kata orang:
Perempuan,
Jika tengok anak orang, teringat pada anak sendiri

Jantan,
Jika tengok bini orang, terlupa bini sendiri...

Damn! aku makin parah, kena balik weekend nih.. hehe

Sunday, June 22, 2008

Tak Percaya

Pak Lah sure tak percaya dia kena undi tak percaya ngan Yong Teck Lee..
Hehe..

Friday, June 20, 2008

EU Ban Malaysian Seafood

EU dah tak mo ambik dari Malaysia..
Ambik hang...!
Dok izin tokey penipu ambik dari Thailand..
Lepas ni jenuh la petani dek tamaknya boss-boss LKIM/DoF

baca sini utk cerita lanjut:
The Star
Utusan

Thursday, June 19, 2008

Kelisa

Semalam jumpa sama tokey e-arowana trading..
dia dok bela kelisa di Sg Tengas..
Graduate dari USA lahh..
kagum aku..

Wednesday, June 18, 2008

Sapa Naik Minyak

Pak Lah "Naik Minyak" pasal kalah election
Pak Lah Naik Minyak punya harga pasal dia "naik minyak"
Rakyat "Naik Minyak" pasal Pak Lah Naik Minyak

Pak Lah untung
Rakyat rentung
"Undi lagi PR" kata Pak Lah pada rakyat-rakyatnya..

Sg Petani

Semalam, dari AS aku ke SP..
Pergi jumpa Majuikan, mau cerita pasal feedmill
Dari Majuikan aku ke Sg Jagung, jumpa Penternak Kolam
Khabarnya, ramai yg gulung tikar, ade 20 melayu yang masih bersusah payah..
Yang lain dah serahkan kolam pada Cina.. ermm..!

Balik dari Juru tengok rumah sembelih..
Aku pekena mee udang sg dua..
Lepas tu singgah kolam Hj Hanapiah tengok kerai
Sorry Aji, mau cepat... & tableh singgah lama..

Thursday, June 12, 2008

RMK-10

Aku tengah dok plan projek utk RMK-10..
Jika kalian ade cadangan yang baik, silalah kemukakan..
Kalian boleh tepek di shout-box, tinggal dlm komen atau terus email aku..
Semoga idea-idea kalian dapat membantu industri tani negara...

Tuesday, June 10, 2008

Jumpa Nelayan

Dari jam 9 mlm bawak ke 12 malam, aku sembang-sembang dengan nelayan Seberang Prai...
Kepala dia graduate siot.. dari US.. hebat..
Jika bercakap tentang membangun melayu, suara dia boleh dengar satu stadium...

Bagi aku, depa bukan sahaja pandai bercakap, tapi pandai juga bekerja..
cuma peluang aja tipis-tipis yang diaorg dapat..

Sunday, June 08, 2008

LKIM dan Ali Baba

aku jumpa officer LKIM
aku tanyalah kenapa kasi kolam sama ali..
sedangkan dia tau ali takde kapasiti dan pasti bawa baba..

katanya dia tak kisahlah.. ali ke baba ke, janji kolam beroperasi..
setahu aku kolam tak beroperasi juga..

dan mungkin lebih baik jika beri terus pada baba supaya ali belajar jaga maruah bangsa..

Minyak Esok Harga Ini Hari

Malaysia meniaga minyak
Sedut di Sarawak..
Sebut juga di Ganu..

Bila tak cukup duit untuk bermewah..
Pi pinjam along dunia..
Dah tolak siap-siap pada harga 2-3 tahum lepas USD30..
Bila naik sampai USD130, kenalah cari alasan cover kelemahan..
Rakyat jadi mangsa..!

Saturday, June 07, 2008

Naik Minyak

Gomen naik minyak 40%
Rakyat naik minyak 99%

jika sebulan belanja minyak RM1,000
skrg aku kena allocate RM1,400 lah sebulan utk isi kereta saja..
kempis gaji...!

Aku setuju benar pasal takde subsidi..
Cuma pengagihan semula pada rakyat yang aku tak pueh hati..

Sunday, June 01, 2008

Tunggul Kayu

FAMA buat contract farming...
mau besi balik hasil ladang...

Aku jumpa beberapa kes isu spec hasil ladang menjadi alasan FAMA menolak hasil ladang petani tersebut...

Satu lagi contoh kakitangan agensi gomen yang tunggul mati..!!
Aku tak halal cukaikan aku bayar gaji korang lah FAMA..

Thursday, May 29, 2008

BJ Down

Jika kalian dari kalangan bicarajutawan.com
Sementara BJ down, kalian dijemput chit-chat di shout-box aku
Semoga blog ni akan lebih meriah..

2.5 Bill Utk Makanan

Khabarnya gomen baru kasi MoA 2.5 bill utk buat makanan Malaysian...
Banyak tuh... jika berminat untuk bertani, kalian boleh jumpa pegawai pertanian daerah..
Usunglah proposal kalian.. cuba yakinkan dia kalian boleh bertani..
Pasti berjaya..

Wednesday, May 21, 2008

Statistik

Kalian makan ikan 55 - 60 kg setahun
Kalian makan ayam 30 kg setahun
Kalian makan telur 16 kg setahun
Kalian makan daging 5 kg setahun

ermm.. tengoklah bertapa pentingnya industri ikan... membekal sumber protein bagi membangunkan rakyat yang bijak-bijak

Sunday, May 18, 2008

Gaji Besar

Kalian dibayar gaji besar-besar..
Jauh lebih besar dari tempat dahulu..
Agak janggal jika kalian berfikiran kerja kalian lebih kurang dari sebelumnya..

Funny..!
Tapi memang aku jumpa orang sebegitu..
Dan mereka juga bercakap tentang membela nasib petani melayu..

Deposit

Sambil pandu kereta, aku sembang-sembang hilangkan ngantuk...
Keluarlah cerita deposit, di Malaysia air, Telephone & letrik dikenakan deposit.. dari RM75 hingga RM300 utk rumah..
Jika guna untuk industri, lebih tinggi depositnya..
Even beli Touch & Go pun ade deposit

Imagine berapa banyak company rasaksa tersebut buat duit dari deposit pelanggan..
Ambik yg paling "launya", RM10 x 2 juta pelanggan = RM20 juta
RM20 juta x 5% setahun = RM1,000,000.00 lah..

Cuba bayangkan pulak duit yg dibuat oleh TNB..
Patutnya setiap tahun mereka bayar kita dividen macam kat negara orang yg putih-putih

Saturday, May 17, 2008

Cuti

Aku cuti hujung minggu..
Sejak masuk gomen, baru aku tau ada replacement cuti..
Jika kalian kerja pada hari cuti hujung minggu, kalian boleh ambik cuti ganti pada hari berikutnya, tapi kena cepat gantinya...

So, aku balik Kajang..
Since last week aku janji nak bawak Mem & anak celebrate mother's day, tapi terpaksa pulang awal ke Kedah, aku pun gantilah pada semalam..
Habis bedal makanan di Doll Tomyam, aku gerak pi Putrajaya tengok pertunjukan Layar Air Terbesar Di-Dunia (katanya)...
Sangat menghiburkan... kalian patut enjoynya sebelum 30 May ini...
Oleh kerana terlampau syok, Adam ambik keputusan untuk kencing dalam seluar dari pergi ke Toilet... hehe..

Revolusi Pertanian

Malaysia tertinggal jauh kebelakang dalam bertani jika dibandingkan negara lain, hatta Vietnam yang baru habis berperang...
50 merdeka, aku nampak boss-boss petani masih belum mahu mengaku hakikat mereka perlu berubah...
Berubah dari segi cara kerja,
Berubah implementationnya,
Jadi mesra private,
Jadi Gomen yg betul (bukan petani part-timer)
Berubah secara total..
Jika perlu, satu revolusi pertanian patut digerakkan

Andai kita masih beremosi.. Malaysia akan terus hanyut terlalai...
Kesian anak-cucu..

Meeting Cara Gomen

Banyak sungguh meeting orang-orang gomen...
Dari jam 3 bawa ke jam 6 petang...
Ramai-ramai bercakap dan semuanya tak buat kerja... ha ha ha..!

Patutlah sektor pertanian Malaysia jauh tertinggal dan tak dapat catch-up dengan negara lain..

Monday, May 12, 2008

Cilok

Jika 2 3 hari lepas kita saksikan Mr Manager marah kat The Star pasal isu cilok..

Aku cuma nak jelaskan yang aku pun takde kena-mengena ngan website ni..
Jika tengok disini kalian akan perasan plagiat dari posting aku di Bicarajutawan secara total..
Pasal dia Melayu, aku maleh la nk bising-bising..
cuma dia patut letakkan kredit dan link sebaiknya..

Kuat Betul Kalian Makan Ikan..!

Orang Malaysia memang kuat makan ikan..
Kita makan 55 kilo ikan setahun setiap orang..
Utusan Malaysia ada cerita lebih lanjut.

Lisa PD

Wah..!!
Lisa dah glamour, dia ternak keli aja dan telah muncul diakhbar..
jemput jenguk disini

Bravo Lisa..! semoga cepat kahwin

Malaysian Contract Farming Scheme

Terma scheme (skim) memang dielak-digunapakai jika di US..
ia lebih merujuk kepada "skim cepat kaya" kata teman aku si Charlie

Tapi di Malaysia banyak sungguh..
Dari ternak keli ke ternak lintah..

Mungkin jika kalian design sesuatu perniagaan kelak, coba elak guna scheme-scheme nih yea..

Peluang Niaga

Kawan aku, Hi Omar baru dapat lesen 100 bijik mobile concept lori ikan/goreng pisang.
Dia aim untuk bantu anakmuda yang mau berubah dan menjadi entrepreneur.
Jika ada dikalangan kalian atau saudara kalian yang berminat bolehlah isi borang yea..

Cerita tentang Hj Omar boleh tengok disini

Sunday, May 11, 2008

Visitor counter

sejak dari Nov 2004 sampai 2008, dah dekat 4 tahun blog aku dok diam-diam.. hehe
harini aku coba letak counter... nak tengok berapa ramai yang jenguk..
rajin-rajinlah kalian jenguk yea.. moga aku terus rajin.. amin..

NCER VIII

Aku tertanya sendirian sebentar tadi...
kerja apakah ini? kerjanya gomen atau petani..

Dalam RMK-9, NCER plan nak buat 20 kandang feedlot dengan kapasiti 600 ekor/cycle
juga bercadang tanam sorghum sebagai substitute PKC
juga cerita-cerita padi umpama petani..

aku rasa boss-boss masih confuse fungsi petani vs governance...
aku nampak gomen cuba menjadi petani.. aduih..!
apa kata kalian..?

bagi aku gomen patutnya rule pada isu yang lebih besar..
rectify masalah terdahulu, improvekan system...
controlkan input kos bertani.. feed, benih, baja..e.t.c
susunkan hub-hub mengeksport supaya dapat mengawal rejection dinegeri orang
susunkan pengeluaran pertanian supaya supply match dengan demand
e.t.c.. e.t.c..
barulah betul government...

Kerja

Adakah aku bekerja untuk menaikkan taraf hidup petani atau menaikkan taraf hidup aku..?
Mungkin kalian yang bernaung dibawah payroll gomen boleh start fikir

Happy Mother's Day

To all mother out there..
Happy Mother's Day...!!

Esp to mama kat no 8, jalan 1/2B.. hehe

Salah

Salah bukan "checkmate"!
Ianya ruang untuk membetulkan kesilapan..

Jika kita faham, kita tentunya tidak takut untuk mencuba..

Aku duduk minum ngan Boss Petani..
katanya 'melayu susahlah meniaga, cina lebih bagus, tolong melayu kelaknya membebankan kita umpama dukung biawak hidup'

aku tak sure bila pulak ada gerenti tolong melayu pasti gagal dan tolong cina pasti berjaya tanpa masalah..
setahu aku, dalam semua kerja pasti ada masalah tanpa mengira bangsa..

harap boss-boss boleh faham tu....

Wednesday, May 07, 2008

Internet

Korang percaya tak, mulai jam 8.25 pm, May 7, 2008. Opis yg ada 2 plasma TV 42" ini baru settle internet connectionnya...

yeay..!

Kasi TOL pada pengusaha tanah

Semalam & ini hari, bising dalam berita gomen mau kasi TOL pada petani yg dah usahakan tapak pertanian..
aku masih "wondering" komposisi pemberian mengikut peratusan kaum..
Aku perhatikan kaum melayulah yang paling kurang..

Wallahualam..

Tuesday, May 06, 2008

Petani & IT

Para petani perlu savvy ngan IT..
Kena tau, kena gunakan dengan sebaiknya
Kakitangan gomen pun wajib savvy jugak..
baru leh compete sama dunia..

ini tidak, google earth pun tak tau kewujudannya...
mereka sangka mereka tahu guna word/excel... mereka sudah excellent...

Boss

Semalam aku sempat sembang ngan Boss..
Aku bagitau dia, NCER project gempaq, besar & hebat.. kita kene "Think Big"
Lupakan kisah jaya semasa bertani di MoA

Akhirnya dia setuju utk jadi lebih mesra Private...
Mungkin baru mereka sedar Gomen perlu bekerja bersama Private instead cuba jadi competitor

Monday, May 05, 2008

NCER VII

kata misi NCER mau jadikan koridor utara "modern food zone"

BOD NCER kene review semula projek-projek..
adakah dengan:
i membina 20 feedlot
ii. kasi 20 transplanter
iii. tanam sorghum 6 ekar
boleh mereka kategorikan telah menjadi modern foodzone..

hampeh...!!

andailah aku boleh menjadi Boss... mungkin petani lebih terbela..

Tolong

Hanya satu jalan aja jika nak tolong petani..
tapi ada 1001 alasan jika tak mau tolong...

so far, bunyi macam nak tolong petani lah, cuma masih banyak alasan diberi... hehe

Wednesday, April 30, 2008

NCER VI

Gomen nak ubah cara bertani..
Khabarnya Kementerian Bertani Negara kurang perform...
So, kene buat NCER... private driven katanya...
Lepas tu depa ambik orang-orang lama dari Kementerian Bertani masuk dalam..

Lerr... dah jadi gomen semula.. hehe

Wednesday, April 23, 2008

Program Bicara Tani

Malaysia.. oh! Malaysia..

cara bertani mu songsang.. eheks!

mungkin orang melayu boleh buat tesis PhD bertajuk "Input Pertanian Baru - Cara Melayu Malaysia - mulakan dengan bicara".. hehehe

Sunday, April 20, 2008

Balik Kajang

Ikut plan, minggu lepas aku takmo balik Kajang..
Takdo apo nak buek, lewat maghrib bini call, bagitau kete breakdown..
Aduss..!

Nasib baik ade rakan dari Kajang turun ke Black Forrest (ye ke.. bukan Danok ka?)
Tiket bas mana nak jika lst minute macamni, tumpang je diaorg..

Alhamdulillah.. Bini & anak selamat..
Cuma kete je kena top overhaul..

Thursday, April 17, 2008

Anwar Vs Pak Lah Vs Najib

Dalam senario Pakatan Rakyat meraikan kemenangan mereka, nampaknya mereka terus dengan gerak kerja tanpa honeymoon.
BN pulak berduka dengan kekalahan terus bergoyang dengan perebutan kuasa.

Nampak gaya Najib cuma pandang Pak Lah tanpa sedar Anwar makin rapat ke kerusi PM.
Bila Pak Lah step-down, Najib cuba ambik kerusi PM, tetiba Anwar muncul dahulu didepannya..

Teori aku je daaa...

Jual Sistem Ke Jual Ikan?

Sekarang system provider untuk RAS (Recirculating Aquaculture System) bersepah. Paling banyak keli kanvas, contohnya:
Berintam, Active Surge, Puncak Rezeki, Green Vison, HJS Agrotech, Must One & Sector Prima. Jika aku compile, maunya aku boleh binding dan buat tesis utk MSc. Hehe..

Tapi rata-rata yang aku jumpa, kebanyakkan nak jual system aja.. So called SOP diaorg sebenarnya carca-marba.. bagi makan sekilo nak bagi jadi 2 kilo ikan.. hehe
Tapi depa pandai kelentong, ramai jugak yang terkelentong dengan umpam "beli balik" diaorg.. Kesian pak cik pencen yang laburkan duit utk dileburkan mereka..

Hina sungguh golongan sebegini, sanggup bawak balik duit kasi anak bini makan pulak tu..

Wednesday, April 16, 2008

NCER V

Hari ni aku cuba tengok strength aquaculture kat Sg Petani. Dalam kepala aku cuma nampak Pulau Sayak, Kolam LKIM & Kilang feed Majuikan.

Sampai di kolam LKIM, aku hampa, kompleks yang canggih dah terbiar, ada lori bawa keluar perabot. ada juga lori bawa keluar kabel eletrik. aduss..!

aku singgah ke Pulau sayak, tengok RAS diaorg. ermm.. canggih jugak.

Kilang feed majuikan, aku ingatkan boleh bertemu Zaini. Zainni pergi KL lah pulak..

TQ En Zul DoF/Pak Malau. Tepung Bungkus Kota memang enak.

next, aku mau pusing Juru/Nibong tebal

Aqua @ NCER

Aku masih bingung, transition dari seorang petani/saudagar ke kakitangan kerajaan memberikan aku gambaran jelas mengapa Malaysia terus tertinggal dalam teknologi pertanian samada peringkat negara ASEAN mahupun dunia.

Kakitangan atasan banyak yang follower
Tidak kreatif bagi mencari kaedah penyelesaian peringkat bawah
Mereka suka mengimport teknologi untuk dipamerkan pada Menteri sahaja

Apabila disarankan membangunkan teknologi tempatan, mereka memandang sinis..

NCER IV

Petani kedah dalam proses transformation dari produce 3 -4 tan semusim/hektar kepada 8 tan sehektar..
NCER sedang dalam perbincangan akhir bagi penyediaan insfrastrukur
Kena kasi tanah level & even
Kena introduce tranplanting teknik

lepas 2 tahun InshaAllah pengeluaran padi negara akan bertambah terutamanya bagi kawasan NCER

Monday, April 14, 2008

Mentaliti Boss-Boss Petani

Harini cuma buat site visit.
Dari Alor Setar aku bergerak ke Kuala Nerang, Bukit Kura.
NCER nak adakan program penanaman sorghum bersama KEDA.
Jadi banyak masa dihabiskan untuk driving.
Bawak boss, aku dengarlah apa yang diaorang fikirkan untuk sehari tu..

Aku sedih..
sepanjang perjalanan, lepas tu singgah makan..
ceritanya tetap satu.. cerita tentang gaji dan pangkat..
cerita tentang pendapatan mereka RM6 ribu sehingga RM30 ribu sebulan..
sorry lah petani.. korang tidak diminda boss-boss

Sunday, April 13, 2008

Bertani Cara Malaysia

Kerajaan mewar-warkan perbelanjaan berjuta ringgit untuk improve pendapatan petani..
Kerajaan buat NCER... dengan harapan petani akan menikmati hidup yang lebih baik..
Tapi so far, aku cuma lihat kalangan GM, Manager, eksekutif NCER yang menikmati hidup mereka dengan bergaya..
Rakyat marhean terus derita...

GM aku, nak ke alor setar request kereta.. RM700 dibelanja utk tampung nafsu besarnya..
Apa perasaan dia gamaknya bila lalu dikawasan Bukit Kura, Kuala Nerang dan melihat kedaifan penduduk disana..?
Mungkin RM700 kos sewa kereta boleh dijadikan wang beli susu...

NCER III

Jika kalian mahu bertani, NCER ada 2 3 geran utk korang.
Caranya agak mudah. Forward je proposal, biz plan & financial statement.
Jika berdaya maju, NCER akan menyusul membuat site-visit.
So far, ade 2 3 proposal yang dok tengok..

cepatlah..

Tuesday, April 01, 2008

Benda Baru di Kedah I

Changloon = Tembakau Jatuh
Jitra = Dewa Hinggap

ermm..

Sunday, March 30, 2008

Bas 2 Tingkat

Salah satu yg aku suka dok sini boleh naik bas 2 tingkat balik kajang


3 kali aku naik, 2 kali dok tingkat atas
sekali dok tingkat bawah

kalo korang nak naik, pilih la kat bawah...
luas & selesa

Intetelek yg tak celik

Kat Malaysia ramai betui Intelek dalam bidang pertanian,
pi jenguk MARDI, pi jenguk UPM, UMT, USM etc,
tapi intelek-intelek tu tak celik gamaknya...
atau depa syok sendiri..?

Makanan Kat Aloq Setaq

Aku dok Aloq Setaq mau dekat sebulan dah
Semalam aku try nasi kandaq kat Maybank Mergong..
"Macam Hampeh..!"
tu jelah komen aku sambil wondering pasai pa la ramai sangat orang kedah dok Q kat kedai tu..

Saturday, March 29, 2008

Pengalaman Jadi Weekend Husband

Sejak bertugas di Alor Setar, terasa juga susah dok jauh ngan family.
Nasib baik aku sibuk ngan kerja, cuma bila malam, aku dok teringat kat si Adam.
Si enyol selalu telephone..
Mama diaorg pulak sebulan pertama ni aku nampak jenuh sikit pasal banyak komitmen..
Pagi jenguk kilang & kolam, tengahari hantar enyol pergi skool, petang masuk kilang balik
Lewat petang ambik enyol, hantar pergi kelas Al-Quran.. BZ sungguh..
Malam jam 9.30 baru boleh aku layam YM ngan enyol..

NCER II

Bila dah mula kerja, antara benda pertama yang aku buat, aku pi survey segenap ceruk supaya information yang aku dapat tepat. makasih banyak-banyak pada En Nasir penang pasal bawak aku pusing-pusing. Makasih jugak pada En Mazlan Perikanan pasal bagi data-data tentang perikanan di kawasan utara.

Aku juga pergi ke MADA, dibawah Bahagian Bukan Padi, depa aktif juga bela ikan.
tapi masalah yang sama terus tekan pengusaha Muslim. nak compete harga dengan produk perut ayam menyebabkan banyak projek "Hidup Segan, Mati Mau.!"

En Hamid dengan slang kedah yang pekat berjanji akan bantu aku merealisasikan projek-projek akua bersama MADA.
info yang aku dapat:
MADA ada 50 ekar kawasan air utk sangkar di Pedu
1500 sangkar dia kawasan MADA
400 kolam dikawasan MADA pelbagai saiz.

ermm.. sesuatu untuk aku mula menapak..
tapi isu kos makanan yang tinggi masih menghantui aku..
kalo aku terjun, pasti aku turut karam..
formula mesti dibentuk

NCER

1 hb March 2008, hari bersejarah.
jika sebelum ini aku penat naik-turun pejabat kerajaan, mulai tarikh tersebut aku lebih penat kerana tiap hari aku kena masuk office kerajaan... hehe
sekarang aku dengan rasminya jadi pekerja pada kerajaan.

ada jugak kawan-kawan yang tanya, apa-kejadah si usop masuk NCIA? (utk yang belum tau NCIA = Northern Corridor Implementation Authority)

aku jawab "jadahnya aku penat proposed ke kerajaan.. skrg aku boleh secara langsung terlibat dengan pembangunan pertanian/akuakultur"

aku masih ingat, pada tahun 2003, aku dah propose pada jabatan perikanan untuk ambik tindakan pada isu kenaikan harga input pertanian. bagi industri akua, tentulah makanan.
aku ingat lagi Dr. Pathmasoty dari Batu Berendam cakap "ask the 3 jack, go home and fly kites" puki mak... carut aku masa tu..

tapi lepas 5 tahun, harini semua petani bising harga input naik.
baja nak 100%
racun naik mencanak..
makanan ikan naik 10-25% kualiti pulak makin merosot.

aku akan berusaha bantu semampu boleh untuk naikkan bidang pertanian esp akua.

oleh kerana aku perlu fokus, aku buang sekejap no phone aku dari BJ.
pada sesiapa yang nak contact aku boleh email aja ke ikanpuyu@gmail.com