Tuesday, August 26, 2008

Permatang Pauh

Mengikut perkiraan tak rasmi, keputusan adalah saperti berikut:

Peratus keluar mengundi:
DUN Seberang Jaya: 73%
DUN Permatang Pasir: 77%
DUN Penanti : 73%
Jumlah : 75%

PKR : 26,646
BN : 10,436
Jumlah : 37,082
Majoriti: 16,210

Ini adalah peningkatan yang sangat besar memandangkan jumlah majoriti DSWA dahulu lebihkurang 13,000 undi.

Tetapi ini adalah keputusan tak rasmi berdasarkan perkiraan tak rasmi Borang 14. Perkiraan rasmi akan di umumkan sebentar lagi.

Sunday, August 24, 2008

Kedah Champion..!

Yeay..!
Kalian layanlah celebration orang Kedah dari gambar-gambar ni..




Punya la ramai orang tunggu kat airport..
aku pi pickup member dari Kl pagi tadi..


wah..! ade aweks bawak bunga lagi..



Berarak dalam town..
orang kedah ni gila bola sungguh..!

Saturday, August 23, 2008

Pak Lias & Baja Guano

Pak Lias Power..
Dia penjaga Gua..
Kalau kalian pergi ke gua-gua sekitar Lenggong..
Tempat jumpa "Perak man"..
Semua gua-gua tuh Pak Lias yg jaga..

Eh! ini bukan kisah seram, bukan kisah toyol..
Pak Lias pengusaha baja guano..
Tiap hari Pak Lias harvest taik kelawar buat baja...
Aku fikir jika Pak Lias work-out sikit, dia boleh jadi "Batman"
yea la.. kan dia kawan ngan kelawar.. hehe

Aku cuba untuk kembangkan baja Pak Lias via Koridor..
Harap kelak kalian yang bertani boleh support baja Pak Lias..
Baja yang diberi nama Alfa G

Gunung Jerai

Hari Khamis lepas aku dengan Team Agri + Team MAFC pusing-pusing cari tapak utk bertani
Dari Ara Kura (Penang), kami panjat Gunung Jerai.

Best kan.. ade bendang seluas-luasnya... ade laut dan ade Pulau Bidan..
Tengok dari atas bukit.. fuhh..!

Resort masih under construction
Temp 24 degree celcius siang, malam boleh dapat 16 degree..
Sejuk yang suam-suam..
Elok untuk strawberi..
Jumpa satu pengusaha yg baru mencuba tanam strawberi kat situ..
nampak macam success aja percubaan dia..

Drive ke puncak bukit, memang syok...!
Selekoh tajam-tajam, sebbaek tak banyak kereta yang turun naik..

lepas tu kitaorang terus ke Gajah Mati.. Bukit Tangga.. Chuping..
Akhir sekali balik umah aku jumpa bantal dan terus zzzz....

Thursday, August 21, 2008

Ternak Lintah

Aku kabur tentang ternak lintah..
Aku yakin pengusaha anchor cuma ingin buat duit dari kursus dan trading kolam dan lintah
Banyak jugak aku berjalan dan tanya khabar pengusaha yang baru berjinak
Tanya saja "jukebox" orang lama BJ..
Dia pernah bekerja keras merealisasikan ternak lintah lepas kursus..
Tanya saja Dr. Zaleha UMT, dia pun pernah menyatakan sukarnya ternak lintah..

Tapi ramai yang rasa mereka lebih pandai..
Akhirnya diaorg terpaksa bayar yuran yang mahal untuk mengetahui mereka bodoh..!

Baca Metro disini..
Ada cerita orang tangkap lintah buat trading..

Wednesday, August 20, 2008

Koridor Jadi Gomen

Memula katanya private driven..
Sekarang dah jadi gomen..
Macam ni baik tak payah buat koridor-koridor..
Hampeh..!

Monday, August 18, 2008

Gambar silam

Tadi aku google frenster member upm dulu
sekali terkeluar gambar ni siot..!






lawak tol..

Lawak

Untuk beberapa tahun,Ahmad Sufian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya,Sutina ...Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung ...

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana ...

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun ...

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan "Mee Bandung" dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti .. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan
untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti ...

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru ...

"Bang ... abang dapat poskad yang peliklah hari ni," kata Norzalina.
"Oh, tak pe ... bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan," kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...
"Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Olimpik

Lawak musim olimpik


Wow..!

kalo dia masuk olimpik, harus gamat stadium..!

MAHA 2008


Jom ikut aku jalan-jalan



Bawak mem layan Rodeo..
Belum cukup wang mau pi Ostolia..


Ramai oooo... enjoy..
Tapi si Adam tak suka pasal bising lagu Guns N Roses..



Posing lagi..


Naik Gajah beramai-ramai..
Sib Baik gajah tak naik minyak laks..


Naik poney..


Play wit "Labbit"

Overall, MAHA 2008 lebih baik dari segi insfranya..
Tempat livestock, agriculture equipment & machine sangat baik..
Tempat ikan aja mcm hampeh...!! DoF kene wat something gamaknya..
Aku tanya boss ikan, dia kata..
"Depa dok fokus pada Aquafair 2008 bulan Nov nanti.."

Thursday, August 07, 2008

EPU & Format



EPU nadi negara..
Depa jaga ekonomi negara..

Setiap development project kena lalu depa untuk dapat duit,
Kena submit project paper,
Memula dia bagi format 1.. kita pun tak tidoq malam dok pulun buat nak siapkan...
Ok.. done!.. hantar pi...

oohhh.. kena tambah sikit guna format 2..
Tak tidoq lagi, kita sambung keje sampai siap..
alrite... boleh tido bila da hantar..

Lahabau..! dia hantar format 3 pulak..

Patut la Malaysia asik dok belakang...

Monday, August 04, 2008

Statistik ala Malaysia

Meeting ngan org Gomen..
depa sungguh buta statistik..
entah dari mana info depa kutip untuk justify halatuju dan dasar..
nampak macam malas membaca..

Statistik gomen dah jadi Taik-Statik..kekeke

Bela Lembu Besar Cara Gomen

Gomen fikir nak reduce import daging..

"Negara beli byk daging", ujar Boss Besar.
"Kita produce locally", cadang anak buah Boss Besar.

Gomen pun buat feedlot.
Beli lembu feeder dari luar.

2 3 tahun lagi baru Gomen tau, jumlah RM yang keluar lebih banyak dari import daging beku mcm 2 3 tahun lepas.

Buat la breeding program dulu..
Ini bukan chicken N egg situation..
Ini dah confirm kene buat telur..

Kalo aku kata Gomen Bodoh, orang marah-marah jugak..
Tapi mmg dungun pun..

Sunday, August 03, 2008

Tanah

"Kalo NCIA tak kasi tanah, apa NCER le kasi" kata penyunjung 1
"nak bertani kena ade tanah Bro" sambung penyunjung 2 yg aku tak publish commnent dia pasal kena sensor..

"oo.. ramai yang nak tanah yea.." aku kata dlm hati

Kisahnya begini:
bila NCER dilancarkan PM, dia dah aware manade tanah lagi kat utara nih..
abih semua diberi orang.. ade yg dimajukan.. ade yg terbiar..
Menyedari potensi untuk memajukan tanah terbiar ni, Gomen come out dengan satu idea..
"penyatuan tanah" a.k.a land amalgamation

jadi untuk kalian yang tidak bertanah, kalian boleh cari tanah untuk disewa..
carilah tanah yang murah-murah aja sewanya..
andai kalian memandu dari Lenggong ke Grik, bawak ke Pengkalan Hulu, singgah di Baling
Naik ke Sik.. Terus ke Kuala Nerang..
Kalian pastinya terjumpa beribu-ribu ekar tanah terbiar..

Inilah tanah-tanah yang diutamakan oleh Koridor Utara..
Bagi memastikan kalian dibantu untuk memajukan tanah tersebut, Gomen datang dengan bantuan kewangan..
Dinamakan Land Amalgamation Fund.. khusus utk membantu kalian menyewa tanah, membuat Agreement
Dapat le lebih sikit untuk buat land clearing..

Syaratnya sempoi je.. tak susah mana pun.. yang penting rajin & sabar..
Jgn nak marah aku laks.. hehe..
Aku hulur tanan bantu, jangan gigit pulak..!