Thursday, December 31, 2009

Happy New Year

Selamat Tahun Baru..

Sila claim hadiah anda disini

Sunday, December 27, 2009

Ketam Nipah Havoc

Nak tau berapa ramai penipu..
Nak tau berapa ramai kene tipu..

Jenguk le forum Topix yang rancak dok cerita ketam nipah..
Aku rasa mamat Anon yg dok komen kat sini pun pencacai penipu penjual sistem yang tak proven tuh.. wakaka..

Jemput baca keseluruhan cerita betul disini

Saturday, December 26, 2009

Projek Ketam Nipah Lagi

Aku sebenonya maleh nak tapis-tapis komen orang..
Aku cuba ler jadi tak bias dan berlapang dada..
Aku masih mencari fakta-fakta dan projek contoh bagi men'confirm'kan kejayaan projek ketam nipah ni..
So far.. aku jumpa banyak rubbish.. banyak opportunis nak jual set bela aja..
Bila jual set ketam, boleh jual benih ketam, boleh jual makanan ketam..
Kalau ketam mati, 1001 alasan depa bagi..
Bila projek fail, depa blame penternak kononnya tak ikut SOP..

SOP kepala hangguk diaorg.. diaorg bela pun ketam asik mati jer...

Puak-puak berniaga takde etika ni, bukannya ade hati perut..
Diaorg pun tau, benda tu R&D.. pun diaorg nak jual..
Kesian kat pembeli.. terinaya..!
Nak saman pun tak reti lagu mana.. lagi pun dulu depa juga gatai tangan nak beli..

Err.. nanti le aku membebel.. nak rest jap..

Thursday, December 24, 2009

Ketam Nipah

Agak menarik juga tetiba ade pengomen-pengomen masuk serentak membalun pasal posting aku berkenaan ketam nipah.. errmm cuba kalian baca dan cuba faham maksud aku dahulu sebelum mula menembak peluru yea.. :)

Aku dan SAMA Aquaculture takdo kene mengena pun.. boleh check ler..

Kelakar pun ada bila golongan oportunis yang cuba menjual sistem bela ketam marah-marah kat aku.. tapi kan, aku rasa bangga la jugak dapat menyelamat sukupang dua duit orang dari dileburkan.. :)