Wednesday, January 28, 2009

Jalan-Jalan

Masa cuti sekolah ujung 2008, aku janji nak bawak anak-anak aku pi zoo
Sibuk punya pasal, tambah pulak ekonomi gawat, aku postponed la
Sempena cuti sekolah, dan ade le duit sekupang dua ni,
aku bawak la diaorg pi zoo, zoo Taiping..


Ayam ni suka betul kat Adam..
Siap ikut pusing keliling kandang..


Macam biasalah.. semua budak suka zirafah.. hehe


Zebra pun depa suka..


Masa aku sampai, singa ni blom keluaq,
2nd round baru dia keluaq, depa bagi makan..
Punya la syok Adam & Enyol tengok Singa main-main


Posing dulu seround!

Tuesday, January 20, 2009

Gomen Must Be Crazy..!

Gomen bagi Gaji yang melampau pada Top-Management Koridor
tapi Boss-boss Koridor cakap cukup la buat 2 3 projek..

Gomen luluskan RM566 juta untuk pertanian,
boss mau buat 1 projek ikan, 1 livestock dan 2 3 projek padi..

Boss, lu kene potong gaji lu..!
Gomen bayar gaji suruh belanja semua peruntukan tu..
kene kerja kuat la... gaji sudah mahal..!

Kalo tak boleh perform, sila berhenti.. jangan buag duit rakyat..

Monday, January 19, 2009

AJL 23

Fakta


Aku paling suka tengok Aizat...
Padahal, kalo tak dlm AJL pun aku suka.. hehe..
Bias betul.!

Meet Uncle Hussein
Bising jer.. tak best mana pun

Stacy
Mcm tu jugak gayanya..
Takleh pikir style lain ke..
Letih laa..

Faizal Tahir
Biasalah.. macam bagus...
Tapi dia mmg bagus pun..

Tahniah pada pengacara..
Aku suka betui tengok awek tu..
FBI pun kelakar..
Ally pun slamba..

Paling kelakar tengok Rosmah Mansor..
Boleh jadi maskot Bluehyppo dah..
Aku tengok pun penat bila turun tangga tu..
Patut la marah betul kat Altantuya yg slim..

Sunday, January 18, 2009

KT Buy-Election II



Result dah keluar, semua org da tau..
UMNO kalah buat kali kedua selepas Permatang Pauh..

Berita Pro BN, terus play safe..
Tapi aku suka bila terbaca katanya
"Macam satu pesta, walaupun bersorak-sorak, tapi they have fun (mereka seronok),"
Kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Dari pemerhatian aku, antara perbezaan PAS & UMNO iailah bila nak bertanding
PAS bersiap macam nak berperang... bersungguh-sungguh
UMNO macam nak berpesta.. nak suka-suka..

Pasal tu puak PAS tak dapat duit pun keje 24 jam..
UMNO dapat duit pun tinggal jugak post depa..

Saturday, January 17, 2009

KT Buy-Election

Penentu masa depan BN..

Masa GE 2008, orang lain tinggalkan BN, Teganurean masih setia..
Skrg Teganurean sudah tahu mereka tertinggal kebelakang..
Melayu-melayu lihat melayu negeri lain sudah pilih PR..
Cina-cina dah tengok cina negeri lain pangkah PR..
India-india nampak india negeri lain undi PR..

This time, semua tu akan undi PR..
Aku jangka BN, selepas kerja yang kuat tetap akan akan kalah dgn majoriti 5,000 undi!

Friday, January 16, 2009

Rumah Sewa Baru

Baru mau pindah, kunci sudah angkat..
Baguih betui Mak Effa, fully furnish dia suh aku bayaq RM300/sebulan
Sibbaek bukan pakej berserta anak pompuan dia sekali (Jgn marah no Cik Effa kalo hang de curi baca blog aku).. hehe

Bilik Tidoq guest..
Kalo sesapa sesat mai kot aloq setaq, tak dak tempat tidoq, buleh la hello aku..
Teh tarik secawan ja sewanya..


ni bilik aku, pasai ada lemari besaq utk isi baju aku yg amat sikit tu..


Meja makan yang sukup besaq utk makan sorang2.. huhu..


Uh..! Ade bathtub.. ekselenn...!

Tuesday, January 13, 2009

Koridor Lagi

Koridor Ambik GM agriculture..
Baguih la..

Harap projek dapat dipercepatkan cepat demi masa depan orang utara dan gaji yang mahal kenelah buat keje yang excellent..!
Kalau sekadar buat keje mcm org gomen yang lembab, baik balik tanam ubi kayu..

sekian.. hehe

Visitor Counter

Hampeh..! asik dok reset..!

Monday, January 12, 2009

Palestin

Kita selalu bercakap, tapi tak buat ape pun..
Kita masih gi mekdonel...
masih makan maggi..

cuba kita buang benda tu,
kasi mekdonel tutup kedai..
pastu baru depa tau kuasa kita...

Tuesday, December 30, 2008

Hepi New Yeay!

Happy New Year Everibodi...

1430 H & 2009 M...

Semoga murah rezeki dan umur panjang..!

Tuesday, December 23, 2008

Banana, Adam Babana?



Enyol teach Adam how to pronounce banana..
Funny.. sampai la ni dia takleh sebut Banana..

Sunday, December 21, 2008

Tag si Rina

1) do you think you're hot?-
Hish..! akal aku yang waras berpendapat, soalan ni boleh menyebabkan aku menjadi khunsa jika dijawab dengan penuh perasaan.. hehe

2) upload ur favourite picture of u..



3)Why do you like that picture?
It simply takes me home wheneva i think of my kids..

4)When was the last time you ate pizza?
I can't remember.. perhaps last month at JJ Cheras Selatan..

5)The last song you listened to?
I'm Yours - Jason Mranz..

6)What are you doing right now besides this?
Listening to the song for question no 5..

7)What name would you prefer besides yours?
Kecik hati bapak aku soalan ni.. bagi menjaga hati dia, aku tak jawab ler..

People i tag :
takde idea... lagipun org laki jarang layan Tag.. hehe.. tak macho kata diaorg..

8)Who is number 1?
N/A kalo bini #1 tu Sanirah

9) Number 3
N/A jugak.. tapi kalo bini # 3 belum fikir, pasal tengah dok fikir nak cari # 2 dulu

10)Say something about number 5,
#5..? lagi le takde..

11)How about number 4?
# 4? errmm i dun't like # 4 since feng shui tak elok katanya jika di associate ngan aku..

12)Who is number 2?
# 2? jeng.. jeng.. jeng.. tengah dok carik ler ni.. leh sesapa rekemenkan ker..

Kuala Terengganu

Berat juga UMNO nak pi lawan..
Dah pikul beban cerita penswastaan IJN..
Boleh lingkup depa kat sana.. hehe

Sunday, December 14, 2008

Feedlot

Setelah 6 bulan orang dok habaq pi, baru boss decide feedlot takyah buat..
Hehe.. kalo mengandung, dah nak beranak dah tu..

Wednesday, November 19, 2008

Tol'ol'

Wah..!!
Dapat diskaun 10%..


Hampeh..!
Dari jam 12 malam - 7 pagi jer..

Akan ade orang miskin yang budget, cuba balik lewat malam..
Sedangkan dia tableh pandu malam..
Dia accident.. langgar orang lain.. orang yang bawak motor..

Mungkin policy maker tableh visualize tragedi nih lagi..
Bila kene baru nak menyesal..

Tuesday, November 18, 2008

Memahami Norman Hakim

Rata-rata org cakap Norman Hakim salah..
Bagi aku, aku faham apa yang Norman Hakim rasa..
Kalau bini cengil (garang) macam singa..
Memang nak balik rumah pun rasa malas..
Lebih rela tidoq tepi jalan atau dalam kereta..

Kalo Norman Hakim tu teruk..
Mau parah bini dia kene terajang bila pi sergah ngan reporter..

Cuma aku leh cakap:
Kalo kalian Pompuan; jaga tutur kata dan redha dengan laki kalian selagi dia memunai tanggungjawab dia sbg suami.

Kalo kalian laki; jangan cari bini macam abby abadi...!

Monday, November 17, 2008

Aquafair 2008



Sapo mau tengok ikan leh la pi sana..

Fakta Lama

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan
nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Bebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya

(cilok dari ntah dari mana)

Lawak Lama-Lama

Ada seorang wanita yang telah dua kali berkahwin namun selalu gagal dengan perkahwinannya. Perceraian dengan suami pertamanya kerana suaminya kasar, sering memukulinya. Perceraian yang kedua kerana suaminya lari dengan wanita lain. Namun setelah kejadian itu, sampai sekian lama dia belum menemukan kekasih baru yang mampu memuaskannya secara zahir maupun batin. Hingga suatu hari dia memasang iklan:

"Dicari: Laki-laki yang tidak suka memukul, setia dan sangat hebat di atas ranjang."

Seminggu kemudian datanglah seorang lelaki dengan mengetuk pintu rumahnya.
Betapa terkejutnya wanita itu setelah dia membuka pintu, seorang laki-laki tanpa kedua tangan maupun kakinya.

"Saya datang sehubungan dengan iklan yang puan pasang seminggu yang lalu," ujar laki-laki tadi dengan penuh yakin.
"Mungkin saudara salah," sergah si wanita.
"Saya cuba jelaskan," pintas si laki-laki tadi.
"Saya tidak a! kan memukuli puan kerana saya tidak punya tangan, saya tidak akan lari meninggalkan puan kerana saya tidak punya kaki."
"Tapi..." potong si wanita, "bagaimana saya boleh tau awak hebat di atas ranjang?"
"Agak-agak puan, tadi saya mengetuk pintu dengan menggunakan apa?"

Monday, November 03, 2008

Saman

18-Nov-2006 (2006!!) 1.30 pagi (1.30 pagi..!),
Aku kene saman beat traffic lite..
Polis yang mangkuk tak mau pi check lampu tu bila aku inform lampu to rosak..
Katanya da pandai ler buat keje dia..
Katanya lagi kalo tak pueh hati boleh jumpa kat mahkamah..

Setelah 8 kali pergi mahkamah, akhirnyaa selesai juga kes aku..
Kes dismiss..!

Alhamdulillah..

Pengajaran:
Kalo Polis mau saman, sila hulur rasuah, lebih mudah.
Kalo masuk court, jika rasa tak bersalah terus mintak utk gugurkan kes. jgn buang masa.
Kalo masuk court, kos uruskan lebih mahal dari bayar rasuah ataupun bayar kompaun.
Kos aku ulang alik 8 kali Kajang-Putrajaya = RM400
Kalo rasuah mungkin RM50 je,
Kalo kompaun paling banyak pun RM300 je..