Baru-baru nih kecoh pulak semalaya pasal nak swastakan air di Malaysia. Siap buat pindaan perlembagaan Persekutuan pada sesi khas Dewan Rakyat semalam membabitkan pindaan Jadual 9 dan 10, Senarai 2 Perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Pusat mengambil alih pengurusan air melalui penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Radzi Sheikh Ahmad. Beliau juga memberi jaminan tarif air tidak akan dinaikkan. Pindaan tersebut memberi kuasa kepada kerajaan Pusat mengambil alih pengurusan air daripada kerajaan negeri di semenanjung. Manakala kerajaan negeri hanya dikekalkan kuasa mengurus kawasan tadahan sahaja. Haku di fahamkan sebuah syarikat iaitu Water Asset Holding Company (WAH Co.) ditubuh bagi mendapatkan sumber kewangan dan membuat perolehan aset air. Bagi peringkat negeri pula syarikat-syarikat pembekal air sedia akan menyewa asset daripada WAH Co.
Pas tu Pak Lah besoknya buat statement tariff ayaq naik jugak bila kena gayanya… ahaks.. bila dah nama swasta, maunya tamau untung… nih malaun mana yang pikir nak buat duit mudah pulak nih....
No comments:
Post a Comment