Wednesday, April 30, 2008

NCER VI

Gomen nak ubah cara bertani..
Khabarnya Kementerian Bertani Negara kurang perform...
So, kene buat NCER... private driven katanya...
Lepas tu depa ambik orang-orang lama dari Kementerian Bertani masuk dalam..

Lerr... dah jadi gomen semula.. hehe

Wednesday, April 23, 2008

Program Bicara Tani

Malaysia.. oh! Malaysia..

cara bertani mu songsang.. eheks!

mungkin orang melayu boleh buat tesis PhD bertajuk "Input Pertanian Baru - Cara Melayu Malaysia - mulakan dengan bicara".. hehehe

Sunday, April 20, 2008

Balik Kajang

Ikut plan, minggu lepas aku takmo balik Kajang..
Takdo apo nak buek, lewat maghrib bini call, bagitau kete breakdown..
Aduss..!

Nasib baik ade rakan dari Kajang turun ke Black Forrest (ye ke.. bukan Danok ka?)
Tiket bas mana nak jika lst minute macamni, tumpang je diaorg..

Alhamdulillah.. Bini & anak selamat..
Cuma kete je kena top overhaul..

Thursday, April 17, 2008

Anwar Vs Pak Lah Vs Najib

Dalam senario Pakatan Rakyat meraikan kemenangan mereka, nampaknya mereka terus dengan gerak kerja tanpa honeymoon.
BN pulak berduka dengan kekalahan terus bergoyang dengan perebutan kuasa.

Nampak gaya Najib cuma pandang Pak Lah tanpa sedar Anwar makin rapat ke kerusi PM.
Bila Pak Lah step-down, Najib cuba ambik kerusi PM, tetiba Anwar muncul dahulu didepannya..

Teori aku je daaa...

Jual Sistem Ke Jual Ikan?

Sekarang system provider untuk RAS (Recirculating Aquaculture System) bersepah. Paling banyak keli kanvas, contohnya:
Berintam, Active Surge, Puncak Rezeki, Green Vison, HJS Agrotech, Must One & Sector Prima. Jika aku compile, maunya aku boleh binding dan buat tesis utk MSc. Hehe..

Tapi rata-rata yang aku jumpa, kebanyakkan nak jual system aja.. So called SOP diaorg sebenarnya carca-marba.. bagi makan sekilo nak bagi jadi 2 kilo ikan.. hehe
Tapi depa pandai kelentong, ramai jugak yang terkelentong dengan umpam "beli balik" diaorg.. Kesian pak cik pencen yang laburkan duit utk dileburkan mereka..

Hina sungguh golongan sebegini, sanggup bawak balik duit kasi anak bini makan pulak tu..

Wednesday, April 16, 2008

NCER V

Hari ni aku cuba tengok strength aquaculture kat Sg Petani. Dalam kepala aku cuma nampak Pulau Sayak, Kolam LKIM & Kilang feed Majuikan.

Sampai di kolam LKIM, aku hampa, kompleks yang canggih dah terbiar, ada lori bawa keluar perabot. ada juga lori bawa keluar kabel eletrik. aduss..!

aku singgah ke Pulau sayak, tengok RAS diaorg. ermm.. canggih jugak.

Kilang feed majuikan, aku ingatkan boleh bertemu Zaini. Zainni pergi KL lah pulak..

TQ En Zul DoF/Pak Malau. Tepung Bungkus Kota memang enak.

next, aku mau pusing Juru/Nibong tebal

Aqua @ NCER

Aku masih bingung, transition dari seorang petani/saudagar ke kakitangan kerajaan memberikan aku gambaran jelas mengapa Malaysia terus tertinggal dalam teknologi pertanian samada peringkat negara ASEAN mahupun dunia.

Kakitangan atasan banyak yang follower
Tidak kreatif bagi mencari kaedah penyelesaian peringkat bawah
Mereka suka mengimport teknologi untuk dipamerkan pada Menteri sahaja

Apabila disarankan membangunkan teknologi tempatan, mereka memandang sinis..

NCER IV

Petani kedah dalam proses transformation dari produce 3 -4 tan semusim/hektar kepada 8 tan sehektar..
NCER sedang dalam perbincangan akhir bagi penyediaan insfrastrukur
Kena kasi tanah level & even
Kena introduce tranplanting teknik

lepas 2 tahun InshaAllah pengeluaran padi negara akan bertambah terutamanya bagi kawasan NCER

Monday, April 14, 2008

Mentaliti Boss-Boss Petani

Harini cuma buat site visit.
Dari Alor Setar aku bergerak ke Kuala Nerang, Bukit Kura.
NCER nak adakan program penanaman sorghum bersama KEDA.
Jadi banyak masa dihabiskan untuk driving.
Bawak boss, aku dengarlah apa yang diaorang fikirkan untuk sehari tu..

Aku sedih..
sepanjang perjalanan, lepas tu singgah makan..
ceritanya tetap satu.. cerita tentang gaji dan pangkat..
cerita tentang pendapatan mereka RM6 ribu sehingga RM30 ribu sebulan..
sorry lah petani.. korang tidak diminda boss-boss

Sunday, April 13, 2008

Bertani Cara Malaysia

Kerajaan mewar-warkan perbelanjaan berjuta ringgit untuk improve pendapatan petani..
Kerajaan buat NCER... dengan harapan petani akan menikmati hidup yang lebih baik..
Tapi so far, aku cuma lihat kalangan GM, Manager, eksekutif NCER yang menikmati hidup mereka dengan bergaya..
Rakyat marhean terus derita...

GM aku, nak ke alor setar request kereta.. RM700 dibelanja utk tampung nafsu besarnya..
Apa perasaan dia gamaknya bila lalu dikawasan Bukit Kura, Kuala Nerang dan melihat kedaifan penduduk disana..?
Mungkin RM700 kos sewa kereta boleh dijadikan wang beli susu...

NCER III

Jika kalian mahu bertani, NCER ada 2 3 geran utk korang.
Caranya agak mudah. Forward je proposal, biz plan & financial statement.
Jika berdaya maju, NCER akan menyusul membuat site-visit.
So far, ade 2 3 proposal yang dok tengok..

cepatlah..

Tuesday, April 01, 2008

Benda Baru di Kedah I

Changloon = Tembakau Jatuh
Jitra = Dewa Hinggap

ermm..