Thursday, April 17, 2008

Jual Sistem Ke Jual Ikan?

Sekarang system provider untuk RAS (Recirculating Aquaculture System) bersepah. Paling banyak keli kanvas, contohnya:
Berintam, Active Surge, Puncak Rezeki, Green Vison, HJS Agrotech, Must One & Sector Prima. Jika aku compile, maunya aku boleh binding dan buat tesis utk MSc. Hehe..

Tapi rata-rata yang aku jumpa, kebanyakkan nak jual system aja.. So called SOP diaorg sebenarnya carca-marba.. bagi makan sekilo nak bagi jadi 2 kilo ikan.. hehe
Tapi depa pandai kelentong, ramai jugak yang terkelentong dengan umpam "beli balik" diaorg.. Kesian pak cik pencen yang laburkan duit utk dileburkan mereka..

Hina sungguh golongan sebegini, sanggup bawak balik duit kasi anak bini makan pulak tu..

2 comments:

  1. Bro, saya minat ternak ikan air tawar tapi masalah yang saya hadapi ialah tempat/kawasan untuk ternak. Tanah di Penang ni mmg mahal betol. Dan nak cari tanah baitulmal untuk disewa pun susah. Takdak kabel nak suh carikan.

    Saya plan nak bela ikan dalam kolam kanvas. Target saya ialah keli.

    Berikut beberapa masalah yang saya hadapi :

    1. tanah/kawasan. berbesar hati kiranya bro boleh suggest tempat untuk saya.

    2. modal. saya masih keliru dengan kiraan modal yg perlu saya ada. tolong beri bimbingan.

    3. pembeli. bagaimana saya nak survey dan cari pembeli bagi ikan saya tu?

    4. penjagaan. mcm mana nak maintain dan cari pekerja?


    Bro boleh reply semua jawapan ni di blog saya... tak kira di mana2 post pun. atau email kepada saya di : chanija@yahoo.com

    saya berharap sangat bro dpt membantu saya. sekian...

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:21 PM

    Yg ni aku sokong sgt, tapi ada golongan yg jenis keras kepala bila kita tegur bg tau jgn buat, diorg ingat kita dengki kat diorg, kononnya kita nak kacau projek diorg. Tunggu lepas 4 bulan, cuba pi tanya balik diorg, "amacam projek, ada bagus ka?". Dgr je la keluhan hati diorg. Tapi nak buat camner, dulu sebelum start projek org tegur taknak dgr. Menangis je la korg.

    ReplyDelete