LOMBONG INTAN BERLIAN TUTUP
Lombong intan berlian yang terbesar di dunia telah ditutup bulan lalu.
Lombong di Botswana Afrika Selatan ini adalah pengeluar 70% dari semua intan berlian dalam dunia.
De Beers tuan empunya lombong telah memberhentikan beratus-ratus ribu buruh lombong.
Di Namibia lombong intan berlian telah juga ditutup.
Di Republik Congo seramai 200,000 buruh lombong telah diberhentikan.Lombong yang sama telah ditutup.
Pasaran untuk intan berlian telah jatuh. Ini adalah tanda-tanda bahawa orang-orang kaya tidak lagi mahu berbelanja.
Hujung minggu ketika puluhan ribu rakyat Malaysia berkumpul di Bukit Gantang dan Bukit Selambau terdapat ratusan ribu para demonstran dari seluruh Eropah juga sedang berkumpul di London.
Anarko, punk, rockers, pendakwah, pak aji, vegeterian, lebai church, padri,mahasiswwa, pak cik, mak cik, minah cun, minah bergetah, losers, doopers - semua sedang berkampong disekitar kota London. Ahad , Isnin, Selasa dan Rabu mereka akan menggodam City of London - sarang kapitalis dunia.
Mereka datang untuk membaham para bankers dan lintah-lintah
darat dari negara G20 yang sedang merancang untuk memufliskan dunia.
Zaman meleset telah hampir sampai.
Sesiapa ada kerja sila jaga baik-baik.
Sesiapa ada duit sila jangan boros.
Sesiapa ada masa sila mula membaca cara
untuk berkebun dan memilihara ayam itik
Sesiapa ada tanah sila mula bercucuk tanam.
cilok dari tukar tiub
No comments:
Post a Comment