Monday, March 09, 2009

PPSMI

Kata Hisam anak On, "didalangi pembangkang"
Kata aku, "camni je hang boleh fikir..? apa punya mentaliti menteri daa..."
Opss lupa, mungkin dia cerdik pasai dia mengaji guna english kat obersee..

Aku tak kenai sapa Hisam, sesapa leh suh dia baca ini:

UNESCO kata,
"... it is important that every effort should be made to provide education in the mother tongue..."

On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.

(UNESCO 1951:691)

-Start cilok sana-sini-

"Nasib baik anda belajar dalam BM dulu, masuk juga UNI. Anda masih tak paham-paham. Bila sudah masuk Uni maksudnya asas Sains/Maths anda sudah ada. Anda cuma perlu rajin bukannya MALAS untuk memahami/pelajari istillah teknikal dalam BI.

Setakat faham istillah tak semestinya anda boleh menyelesaikan masalah Sains/Maths. Nasib baik asas Sains/Maths yang anda pelajari di sekolah dalam Bahasa Melayu membuatkan anda faham asas KONSEP Sains/Maths.

Sekarang letak perkara ini pada anak-anak seawal 7 tahun.Bagaimana mereka nak faham KONSEP jika penyampaiannya dalam bahasa asing? Terangkan bagaiamana menjelaskan konsep pecahan dalam bahasa Jawa kepada anak Melayu? Samalah dengan menerangkan KONSEP pecahan dalam BI kepada anak Melayu. MEREKA TIDAk FAHAM.

BERBEZA DENGAN ANDA YANG PERGI UNI, ADA ASAS BI SELAMA 11 TAHUN.

Suka diingatkan cara belajar bahasa dengan cara belajar sains dan matematik adalah berbeza. Belajar bahasa ialah belajar kemahiran berbahasa. Belajar pertuturan, belajar grammar, belajar kosa kata, belajar struktur ayat dan belajar membuat karangan dan lain-lain kemahiran berbahasa.

Belajar Sains ialah belajar fakta, konsep, prinsip, teori dan hukum yang memerlukan penguasaan bahasa.Mana boleh belajar sesuatu bahasa (BI) menggunakan pendekatan belajar Sains. Ini kerja gila.

Oleh itu kerja PPSMI ini sebenarnya kerja gila. Penyokong PPSMI adalah penyokong kerja gila atau orang gila.

Betul ilmu dlm bahasa apa pun tak apa tapi apakah cara/ bahasa terbaik bagi anak-anak seawal 7 tahun menuntut ilmu. ITU PERSOALANNYA?"

-END of cilok sana-sini-

refer sini
"Kajian TIMSS 2007 mendedahkan kemerosotan prestasi pelajar Malaysia dalam dua subjek teras lebih ketara" Berita Harian

"Kesan Dasar Pengajaran Matemtik dan Sains dalam bahasa Inggeris" oleh UPSI disiar NST

1 comment:

  1. Anonymous11:37 AM

    ppsmi ni ngarut jer.. yg untungnya org atas.. peruntukan berjuta2.. bagi kat cikgu2 attend kursus, smbil kursus men games...pastu each cikgu sains n math dpt laptop sebijik.. apa lagi.. bertenet la.. bdk2 sek harem takleh sentuh laptop..skrg da ppsmi phase 6.. cian kt bdk2 sek skrg.. ank org kaya bleh la pi tuition bagai.. ank org besa.. sapa nk ajaq bi? parent pon tatau bi.. kna bkak kamus la...

    ReplyDelete