Monday, March 30, 2009
Erra dah Bersalin
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dijangka akan bersalin hari ini setelah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi. Lapor Mstar
Update..
PETALING JAYA: 'Alhamdulillah, Suria fm sudah mempunyai seorang pendengar baru Engku Aleesya, yang selamat dilahirkan pada 11.40 pagi," begitu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada mStar Online sebentar tadi.
Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal.
Emran jelas amat teruja dengan kelahiran anak sulungnya.
"Erra dan Aleesya dalam keadaan sihat," kata Emran lagi. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi setelah mengalami kesakitan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
syoknya dapat baby.. besaq tue.. 4.04kg.. mesti cute jerk mcm mommy dia..
ReplyDelete